Grand Opening Nelyz Couture Boutique

Grand Opening Nelyz Couture Boutique
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jika anda kaki shopping mesti ingat lagi entry Ainul megenai Grand Opening Nelyz Couture Boutique .Sabtu lepas, Ainul dijemput ke Majlis Pembukaan Nelyz Couture Boutique Di The Strand Damansara. Butik ni bersebelahan je dengan Butik Zawara. Bab shopping laju je kaki ni nak pergi..

Nelyz Couture menawarkan pelbagai pilihan fesyen muslimah yang sangat cantik, elegent dengan harga yang berpatutan.

Antara koleksi dress yang cantik yang terdapat di butik ini :-

Rekaan dress yang cantik, material yang sedap, tidak jarang. Ada juga bukaan untuk wudhuk dan zip di tengah dada yang sesuai untuk ibu menyusu
Ainul paling berkenan dress yang ini. Perincian di dada, lengan yang unik dan exclusive. Semua warna cantik. 

Di Butik ini juga terdapat instant shawl yang cantik. Design corak yang terkini dan selesa di pakai.

Special di hari pembukaan butik dengan peragaan fesyen dari model Nelyz Couture Boutique

Menarik hari itu dengan kehadiran Heliza Helmi sebagai tetamu khas majlis. Comel sangat Heliza.
Perkongsian Heliza Helmi mengenai pengalaman beliau ke Gaza sangat menyentuh ahti dan inspiring. Betapa hebat orang Gaza dalam memperjuangkan negara mereka. Bagaimana anak anak kecil yang hidup tanpa ibu bapa boleh kuat berjuang demi agama. Rasa tergamam dengar cerita Heliza petang tu. 
Ainul bersama owner butik Puan Ellyn. tahniah atas Grand Opening Nelyz Couture Boutique

Gift dari Grand Opening Nelyz Couture Boutique untuk bloggers yang hadir. Berkenan Heliza Helmi dengan Maryam. 
Terima kasih  Nelyz Couture Boutique kerana menjemput saya ke Grand Opening Nelyz Couture Boutique
Jika anda mencari dress, baju kurung yang moden, elegent dan cantik sila la ke 
Nelyz Couture Boutique
36-G,JLN PJU5/21,
THE STRAND DAMANSARA
11pagi-8malam
Untuk sebarang pertanyaan
Hubungi/whatsapp – 014-9622600
Facebook : Nelyz Couture

2 thoughts on “Grand Opening Nelyz Couture Boutique

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge