Sehati Sejiwa

Monday, August 24, 2015


Assalamualaikum & Selamat Pagi

Tema Hari Kemerdekaan kita Tahun 2015 ini adalah SEHATI SEJIWA . Banyak maksud yang tersirat dalam tema tahun ni. Apapun Ainul nak berkongsi dengan anda apa maksud SEHATI SEJIWA bagi Ainul. Tema kali ini Ainul rasa sangat kena dengan Ainul dengan husband

Setahun yang lepas, Ainul dan husband bertekad untuk sama sama bekerja dari rumah. Ramai yang terkejut dengan keputusan kami. Malah ada yang cakap kami " GILER " .. Ye betul kami giler. Giler untuk berdikari.. Giler mengejar apa yang kami suka buat.

Setahun bersama bekerja dari rumah bukan la sesuatu yang mudah. Jatuh bangun bersama sama dalam dunia perniagaan. Alhamdulillah kami berjaya harungi bersama. Bila bersama dalam menjalankan business, banyak idea yang sering kami bincangkan. Itu yang best bila bersama suami bersama sama buat business. Orang lelaki ni, idea mereka sangat bernas. Ainul sendiri kadang kadang keputusan ikut emosi. Jadi sebelum buat apa apa keputusan terutama dalam hal business perbincangan wajib dilakukan




Selain bersama sehati sejiwa dalam business, kami mempunyai 1 persamaan yang sama iaitu blogging. Suami saya juga seorang blogger. Pernah baca blog FaizSaaid ? itulah blog nya


Bila mendapat jemputan ke mana mana event, suami saya akan turut sama kerana beliau la photographer saya.


Di jemput ke perasmian Journey Of Taste di Pavilion


Malah kalau event untuk ibu ibu pun dia akan turut bersama. Sikap dia yang lebih selamba , peramah dari saya membuatkan dia lebih orang kenali.




Sehati sejiwa.Bersama sama dalam melakukan semua benda sehingga berjaya. 





LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments