Mak Anak Dua

Wednesday, August 05, 2015

Perbezaan umur Arreessa dan maryam agak jauh. 4 tahun beza. Bila dapat adik mulanya Arreessa sangat memberontak. Ainul pun kurang sabar asyik Arreessa kena marah je. kesian Arreessa kan. Maafkan mama sayang. Mama kena belajar anger management ni.huhuu

Pada mulanya ingat bila Arreessa sudah 4tahun senang la sikit. Anak dah besar, boleh suruh itu ini. Sebenarnya mencabar jugak. Dia nak adapt dengan suasana baru pun ambil masa. 4 tahun berkepit dengan mama aje tetiba ada adik.

Adik nak menyusu dia pun nak menyusu. Adik menagis dia pun menangis nak kita pujuk. Awal awal dapat anak ke dua , Ainul rasa serabut betul. Bila dah lama tak ada anak kecil rasa lain tau.

Alhamdulillah, mak, mak mertua banyak membantu. Bagi nasihat terutama nak handle Arreessa.

Anak sulung dia dah besar dan dah faham. Jadi kita kena lebih kan dia dulu. Peluk, cium dan cakap kita sayang dia.

Adik selalu kena beralah la ye. Adik kena babah pegangkan. Bila jalan ke mana mana pun Arreessa still nak mama dukung. Manja kan.. dah 4 tahun nak masuk 5 tahun October ni. Berat nak patah pinggang mama. Tapi mama dukung jugak.

Suami kena banyak membantu. Ada masa bantu tenang, layan anak sulung. Sempat la kita melayan yang no 2. Ada masa dukung anak ke dua sebab kita nak melayan anak 1st.

Macammana la orang yang anak rapat rapat tu. lagi mencabar kot. Bagaimana pulak ada anak 3-4 orang nanti.. Adoii!! tunggu la 2 orang ni membesar la rasanya.


Anak anak perempuan ni memang anak ayah kan. 2 orang ni sikit sikit babah.. Mama diaorang garang macam singa kot. huhuu



mood baik boleh main, bergurau sama sama... ada masa macam perang dunia ke 10. mana la Mama tak jadi Godzilla. 






Anak anak permata hati mama babah. penat macammana pun puas hati dapat melayan korang 24 jam.


LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments