Family Day Mat Akib & Mek Tam Kumpulkan 4 Generasi

Family Day Mat Akib & Mek Tam Kumpulkan 4 Generasi

Raya ke 3 , dengan kerjasama para sepupu kami telah mengadakan Family Day Mat Akib & Mek Tam. Mengumpulkan 4 generasi anak cucu piut miut Mat Akib & Mek Tam.

Mat Akib & Mek tam ada 5 orang anak dan anak ke tiga iaitu Ahmad adalah datuk Ainul. yang tinggal sekarang hanya generasi cucu cucu Mat Akib sahaja. 
Masa kecik kecik dulu semua main pasir, mandi sungai sama sama.. dah besar jarang jumpa . Masa ini la nak jumpa balik. Memang ada yang tak berapa nak kenal. Perubahan usia nampak macam sama tapi tak serupa dulu dah…hihi
Masa perjumpaan macam ni, dapat berkumpul balik semua sangat la best. kenal, borak sepupu sedara mara. 
Konsep family day kami simple je. 1 family bawa 1 menu. sennag je kan. Family Ainul bawa dessert, spaghetti. yang penting habis licin laku keras dessert buah lai weolss.. nanti ainul share resepi tu ye
Family day tak lengkap kalau tak bergambarkan. 1 family anak anak Mat Akib akan kenalkan diri dan bergambar. kenal kan diri? bukan sorang sorang la kenalkan diri..jenuh la bila nak habis. wakil setiap keluarga. macam ayah ainul akan memperkenalkan family Ahmad. anak anak Ahmad punya family. Anak Ahmad ada 3 orang. Ayah Ainul yang sulung. PakLang anak ke dua sudah meninggal dunia dan last makcik. kecil je family kami

yang ramai adalah anak anak sepupu Ainul. Anak sepupu yang paling sulung dah kawen & ada anak. kira Ainul ni nenek dah la.hihihii.. nenek vogue 🙂

Gambar 4 Generasi Keluarga Mat Akib & Mek Tam. Semoga berjumpa lagi dengan lebih ramai sedara mara dan ahli keluarga baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge