Dugro “So Much More Nutrition” workshop together with Celebrity Chef Anis Nabilah

Dugro “So Much More Nutrition” workshop together with Celebrity Chef Anis Nabilah
Ahad lepas di jemput bersama Arreessa ke 1 aktiviti bersama Dugro “So Much More Nutrition” workshop bersama dengan Celebrity Chef Anis Nabilah. Disebabkan workshop ni dibuat di Desa Sri Hartamas jadi kami kena gerak awal la dari Shah Alam ni. Alhamdulillah Arreessa bangun pun senang pagi tu. Excited nak memasak . Sampai di sana agak awal jadi kami sempat la sarapan dulu
Bertermpat di Young Chef Academy di Desa Sri Hartamas dan tak sangka ada 1 academy memasak yang sangat cantik dan comel. Deco yang colourful dan menarik mood nak memasak
Pertemuan dengan Chef Anis yang sangat comel dan cantik orang nya. Chef Anis ni sangat peramah la. Ringan je mulut tegur semua mommies bloggers yang hadir. 
Chef Anis tegur Arreessa dan Arreessa ni pemalu orang nya. Mulut banyak depan orang dia kenal je. Memang kena selalu bawa dia ke event event macam ni untuk tingkatkan keyakinan dia. Mungkin terlebih manja kot. 

Hari tu kami sama sama buat bento dan di ajar oleh Chef Anis. Ini bukan la kali pertama Ainul buat bento. Ada la 2-3 kali tetapi tak pandai sangat bab bab menghias ni. 
Aktiviti memasak bersama sama anak memang menyeronokan. Masa bersama, tingkatkan kreativiti anak.  dan mengajar anak perempuan rajin ke dapur…
Tadaaaa… Hasil bento kami.. cantik tak? 
Aktiviti berakhir dengan penyampaian sijil untuk Arreessa. 

Sesi bergambar dengan blogger mommies yang hadir.
Aktiviti yang sangat happening. 1 usaha dari Dugro yang bagus bukan sahaja membekalkan susu yang sihat untuk anak anak tetapi aktiviti sihat untuk ibu dan anak.

Untuk makluman semua :-

Dugro mempelawa ibu-ibu dan anak-anak di Malaysia menikmati makanan dan nutrisi dengan cara baru, bermula dengan:

  1. Roadshow ‘Dunia Lebih Lagi Nutrisi dengan Dugro®’ di seluruh negara yang akan berlangsung di lebih daripada 50 lokasi di seluruh Malaysia dan memaparkan permainan dan aktiviti interaktif serta idea seni makanan dan petua istimewa daripada Chef Anis!
  2. Roadshow ini juga akan memaparkan promosi eksklusif – dapatkan koleksi Bekas Nutrisi Dugro® eksklusif dengan setiap pembelian dua pek 900g Dugro® 5 NUTRI! Bekas makanan ini memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak mereka untuk dibawa ke sekolah. Di samping itu, petak berasingan di dalam bekas itu juga boleh digunakan untuk menghidangkan makanan dengan cara yang kreatif.
  3. Dari 31 Ogos hingga 11 Oktober, ibu-ibu juga berpeluang menyertai ‘Peraduan Lebih Lagi Nutrisi’ di mana mereka boleh menggabungkan petua-petua Anis Nabilah dengan kreativiti mereka sendiri untuk menghasilkan idea seni makanan sendiri dan memenangi hadiah-hadiah hebat! Ambil gambar karya seni masakan anda itu dan muat turunkan gambar tersebut pada halaman Facebook Dugro®,facebook.com/DumexDugro

“Kesemua usaha ini mempunyai satu matlamat – iaitu untuk menginspirasikan dan membantu ibu-ibu memberikan lebih lagi nutrisi kepada anak-anak mereka untuk pertumbuhan dan perkembangan yang menyeluruh,” kata Cik Christy Yong, Pengurus Kanan Pemasaran, Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dugro® dan kempen ‘Lebih Lagi Nutrisi’,

Layariwww.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.

One thought on “Dugro “So Much More Nutrition” workshop together with Celebrity Chef Anis Nabilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge