Air Upin Ipin Mengandungi dadah adalah PALSU

Monday, August 17, 2015

Air Upin Ipin ni sememangnya kegemaran Arreessa. Kalau pergi ke kedai atau restoran Upin Ipin mesti nak ambil air upin ipin. Baru baru ni tergempar bila ada viral yang mengatakan dalam air upin ipin ini mengandungi dadah. malah ada bukti menunjukan ianya positif dadah.





Sebagai seorang ibu pasti la terkejut dan bimbang dengan berita ni kan. Betul ke? Kalau di fikirkan memnag tak logik langsung sebab kami dah minum air ni dah lama. Mesti kena sabotaj ni kan

Pagi tadi, Ainul dijemput untuk menghadiri sidang media oleh pihak pengurusan Les' Copaque Production untuk menjelaskan hal sebenar megenai isu ini.




satu sidang media telah diadakan oleh syarikat Les’ Copaque Production untuk memberitahu kepada umum berkaitan dengan isu kandungan air minuman Upin & Ipin yang dikatakan mengandungi dadah jenis Ketamin.



“Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin & Ipin tetapi banyak lagi jenama lain yang terkenal. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak Polis sudahpun membuat pengumuman” ulas Tn Hj Burhanuddin Md Radzi selaku Pengarah Urusan Les’ Copaque Production.


Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu, semua minuman kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum dan masyarakat tidak perlu lagi meragui kesahihan tentang kandungan air minuman itu yang dijamin selamat.


Malangnya terdapat penyebaran viral yang mengatakan minuman Upin & Ipin kami mempunyai dadah dan membahaya untuk diminum. Ini amat mendukacitakan kerana pihak kami menjadi mangsa. Minuman kami dijamin selamat untuk diminum. Diharapkan semua peminat kami dapat membetulkan keadaan ini dan terus menyokong usaha kami.

Terima kasih

Haji Burhanuddin Md Radzi - Pengarah Urusan Les' Copaque Production



Jadi kepada ibu bapa sekalian, jangan risau mengenai hal ini. Pihak berkuasa telah pun mengesahkan yang air upin ipin dipasaran tiada bahan terlarang. 

Lepas ni boleh la kembali membeli untuk anak anak kita. Semoga tiada lagi viral di media sosial mengenai berita palsu sebelum ini. Sebagai orang yang matang, kita sendiri boleh membezakan mana yang betul mana yang salah.




Selain itu, untuk makluman semua. Karnival Upin Ipin akan berlangsung pada 20-23 November 2015 di MAEPS Serdang. Istimewa Ultraman Ribut akan turut sama memeriahkan karnival

Les' Copaque juga dalam perancangan untuk membina 1 taman tema seperti Disneyland yang menelan belanja 1 Billion. Teruja kan mendengarnya, Tak perlu la kita nak ke luar negara lagi. Di Malaysia sendiri bakal ada taman tema dengan karakter seperti upin ipin, puteri dan lain lain.

Untuk maklumat lanjut boleh layari website Les' Copaque  atau facebook Upin Ipin.

LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

  1. Fitnah itu lebih dosanya..
    semoga perkara ini tidak berulang lg..

    ReplyDelete