5 Cara Redeem Point Kad Kredit Maybank

Thursday, August 27, 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Last week Ainul pegi redeem point kad kredit. Buat pertama kali selepas 5 tahun guna kad kredit baru sibuk nak redeem. Mula mula jenuh jugak nak fikir nak redeem apa periuk nasi ke, vacuum ke atau voucher je. Last decide ambil voucher sebab voucher boleh beli macam macam termasuk periuk nasi.

Ada beberapa cara nak redeem kad kredit ni. Antaranya


1. Maybank2u


Korang pergi ke Maybank2u korang dan cari reward. Ada form kena isi dan fax kepada Maybank. Cuma ambil sedikit masa la untuk dapat barang yang korang redeem


2.  Superbuy


Korang boleh shopping di sini dengan redeem point kad kredit maybank . Apa yang boleh redeem? Boleh refer sini http://www.superbuy.my/maybank2urewardspoints/ untuk tahu apa barang yang ada dan point yang diperlukan. Senang je kan


3. Call Maybank Service Centre


Korang boleh call je service centre Maybank. Bagitahu no kad kredit dan mereka akan check berapa point kita. Kita boleh terus beritahu nak redeem apa. Nanti mereka akan terus uruskan dan tunggu je barang sampai. Akan ambil masa 2 minggu barang sampai.


4. Parkson


Kalau korang nak shopping FREE di Parkson, boleh la bawa kad kredit korang tu ke Customer Service Parkson. Berikan kad kredit dan IC kepada mereka dan anda terus boleh dapat voucher Parkson. Bestkan.. Boleh terus beli baju baju :)


5. Maybank Card Centre 


Cara lain untuk mendapatkan redeem voucher secara cepat, pantas adalah ke Maybank Card Centre. Ada beberapa cawangan Maybank card Centre ni dan salah satunya ada di The Gardens Midvalley.
Ada 4 outlet untuk spot redemption

1. Maybankard Centre at Menara Maybank Level 1, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak,  Kuala Lumpur
Tel: 1300 88 6688

2.Maybankard Centre KLCC Branch Lot C–21–C Concourse Extension Suria KLCC KL City Centre 50088 Kuala Lumpur
Tel: 0320260239

3. S-208B, 2nd Floor, The Gardens Mall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-22888988

4. Maybank Centre at 1 Utama Lot G-341B, New Wing, 1 Utama Shopping Center, Petaling Jaya Selangor
Tel: 037728 5451


Mungkin korang ada pengalaman redeem dengan cara lain boleh la kongsi kan ye. Untuk manfaat bersama di masa akan datang








LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

  1. ingat boleh check guna maybank2u je...kalo boleh nak check cepat dan mudah.,..hihi

    ReplyDelete