Ariana Maryam 1 tahun

Wednesday, July 08, 2015

Ariana Maryam Binti Muhammad Faiz hadiah dari ALLAH yang tersangat indah. 4 tahun berusaha untuk mendapatkan adik untuk Arreessa. Saban bulan kecewa bila 'sahabat baik'  tiba. Rupanya ALLAH nak bagi rezeki ini bila Ainul melepaskan sesuatu yang Ainul sayang.

Ainul hantar je surat resign 1 October 2013.. 5 October tu Ainul check Ainul PREGNANT!!

Menggigil kaki tangan semua. Tak sangka yang ALLAH akan ganti sesuatu yang kita lepaskan dengan sesuatu yang lebih BESAR

Perjalanan mengandungkan Maryam sangat indah. Kalau dulu masa pregnantkan Arreessa masalah utama adalah hb rendah.  ALHAMDULILLAH pregnantkan Maryam Hb normal.


Mengandung, melahirkan Maryam sesuatu yang sangat indah. Setiap anak adalah pengalaman yang berbeza dan istimewa.

Sekejap sangat setahun berlalu. Rindu Maryam masa baby baru lahir. Pejam celik sudah setahun. walaupun 24jam x 7 hari bersama dengan dia tapi tak puas. rasa ada je moment yang termiss.

Semoga anak mama Ariana Maryam berjaya dunia dan akhirat. Jadi anak yang solehah. Berjasa pada masyarakat, agama & negara

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments