Sambal Sardin Sedap Sehingga Menjilat Jari

Monday, June 08, 2015

Siapa suka makan Sardin? Saya !!! Tak elok makan sardin dalam tin ni tapi sebabkan tekak dah meronta ronta nak makan sardin maka tunaikan la.hehehe..

Menu yang simple tetapi kalau kena dengan nasi panas..pehhh memang terangkat habis la. Confem bertambah tambah nasi. Sesuai la buat menu sahur. Senang dan cepat nak masak



Resepi Sambal Sardin Sempoi


Bahan-Bahan

Sardin dalam tin - ikut suka la ye nak tin besar ke kecik

Cili kisar - cili kering direbus dan diblend

Belacan - ikut suka la nak banyak mana ye..hehe

3 ulas Bawang Besar

2 ulas Bawang putih

2-3 biji Cili padi ( optional kalau nak tambah kepedasan)

1 biji ubi kentang - potong kecil

Minyak masak

Gula & Garam


Cara Penyediaan

1. Asingkan ikan sardin dan kuah dalam tin.Goreng ikan sardin. Berhati hati sebab ikan sardin ni meletop kuat..

2. Bila sudah agak garing angkat

3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dihiris halus sampai naik bau

4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak

5. Masukkan ubi kentang yang dipotong kecil dan tunggu sehingga empuk

6. Bila ubi kentang hampir empuk masukkan kuah sardin dalam tin tadi

7. Bila sudah pecah minyak, masukkan gula dan garam

8. Masukkan ikan sardin yang digoreng tadi dan cili padi

9. Kacau sehingga sebati dan masak

10. Siap!!!!


Selamat mencuba 






LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments