Resepi Oat Tomyam Sedap

Resepi Oat Tomyam Sedap

Beberapa hari lepas terbaca info pasal makanan yang paling mengenyangkan iaitu Oat berbanding dengan nasi. Ainul dari dulu memang tak boleh telan oat. memang tak suka oat.

Info dari kevin Zahri yang menyatakan Oat ini adalah bijiran popular yang boleh didapati dalam bentuk cereal, bubur, roti, biskut dan lain-lain. Ia mengandungi karbohidrat kompleks dan juga serat.

Kelebihan? Gandungan karbohidrat komplex dan serat melambatkan proses penghadaman – justeru itu lebih mengenyangkan. Juga sesuai untuk mereka yang mengalami kencing manis kerana glucose release tidak cepat.

Tidak menggemukkan? Ia mengandungi kalori jadi sememangnya boleh menggemukkan sekiranya berlebihan. Selalunya makanan dan minuman beroat ini juga dicampur dengan bahan lain terutama gula ringkas yang juga berkalori. Walaupun serat itu lebih mengenyangkan, pastikan anda kawal pengambilan kuantiti bijiran oats.

Contoh: 1x biskut oats mungkin mengandungi lebih kurang 30kcal. Kalau makan 10x dah 300kcal.



Banyak khasiat Oat ni. Memang tidak dinafikan. cuma selama ini yang Ainul tahu oat makan dengan susu je. Boringkan. Sehingga la terjumpa 1 blog ini berkongsi pasal Oat Tomyam. Tomyam?? Oat Tomyam memang dengar pelik kan..

Nampak gambar je sungguh menyelerakan jadi mula la teringin nak try. Siap minta oat mak mertua sikit. hihihi.. nak beli kena beli banyak teruskan. So nak try kena la bodek mak mertua oat sikit. Upahnya nanti kena share dengan mak mertua sedap ke tak oat tomyam. i lebiu la ibu mertuaku !!

Simple je cara nak masak. Kalau bangun masak sahur tu 10 minit dah siap. maybe tak sampai 10 minit kot. depends pada tahap kecekapan anda memasak la ye.

Resepi oat Tomyam Sedap dan Senang 

Bahan -bahan

Oat – ikut la nak buat banyak mana. 
Pes tomyam 
Ikan bilis
bawang besar
Cili padi
Kentang
Minyak masak – nak lebih healthy guna olive oil
Garam
Air

Cara Penyediaan



1. Goreng ikan bilis, kentang, bawang besar sehingga garing. Boleh tambah sayuran lain kalau suka

2. Guna periuk lain, Masukkan oat, pes tomyam & air . Air tu ikut la nak banyak mana kuah

3. Bila dah mendidih masukkan garam. Sikit je tau sebab pes tomyam tu dah ada perasa. kalau taknak letak garam pun boleh

4. Kacau dan bila dah masak tu boleh la tutup api. Oat ni kejap je masak. Gunakan api yang kecil je tau

5. Tabur ikan bilis, kentang & bawang besar di atas oat tomyam

6. Potong cili padi dan tabur dalam oat. ini kalau nak pedas lagi la

Sedap sangat. Macam bubur nasi tapi lagi halus dan lagi sedap. Tak sangka oat sedap bila di masak macam ni. Jakun pulak.. Habis licin Ainul makan..

Korang patut try. sonang sesangattt

Selamat berpuasa 🙂


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge