Nikmati Makanan Kegemaran Sudirman & P Ramlee Di Buffet Ramadhan Holiday Inn Glemarie

Saturday, June 13, 2015

Khamis lepas Ainul mendapat jemputan untuk review Buffet Ramadhan Di Holiday Inn Glenmarie Shah Alam. Ini merupakan kali kedua Ainul makan buffet Ramadhan di sana. Kali pertama pada 2010 masa masih bekerja. Majlis berbuka puasa office. Dijemput kali kedua ini sangat la teruja sebab masa berbuka puasa 2010 pun makanan di sana memang sedap.



Buffet Ramadhan Holiday Inn 2015 yang bertema kan Nostalgia Ramadhan yang akan menggamit kembali kenangan kita ketika dalam Bulan Ramadhan. Special dan Exclusive hanya di Holiday Inn iaitu tema yang sangat menarik iaitu tema Sudirman dan P Ramlee. Menu Special yang menampilkan makanan kegemaran lagenda terkenal Malaysia iaitu Sudirman dan P Ramlee


Buat peminat Sudirman, masa yang sesuai untuk kita sama sama menikmati makanan kegemaran Sudirman ketika menyambut bulan Ramadhan. Sudirman ni orang Pahang jadi makanan kegemarannya harus la makanan tradisi Pahang kan.



Ikan patin Masak Tempoyak,Sambal Hitam Pahang antara makanan kegemaran Allahyarham Sudirman. Dan Special lagi yang bukan kegemaran Sudirman je tetapi kegemaran Ainul juga iaitu Masak lemak Siput Sedut.  Kuah lemak yang sangat pekat, dan cukup rasa masam manis. Memang nikmat la makan. Confem tak pandang dah orang sebelah. Jarang nak dapat makan masakan Melayu di  Hotel yang cukup lemak dan rasa. Chef Holiday Inn yang sememangnya superb dengan masakan Melayu

Makanan Kegemaran P Ramlee wajib la Penang style kan. Orang Utara la katakan.. Kari Wajib la ada


Kari ikan dengan bendi. Kari yang pekat. Memang kaw la. 


Kurma Kambing. Kuah Kurma yang pekat dan daging kambing yang lembut. Nak makan pun senang. Bau hamis pun takde sangat.




Makanan kegemaran P Ramlee juga iaitu puyuh Goreng

Selain menu bertemakan makanan kegemaran idola ramai Sudirman dan P Ramlee, Holiday Inn menyediakan juga pelbagai menu special untuk Buffet Ramadhan ni.

Ada 22 gerai yang mengajikan pelbagai hidangan hebat. Buffet Ramadhan ini akan menyediakan makanan melayu, barat, Chinese, Arab dan banyak lagi. Pelbagai pilihan untuk anda. Memang berbaloi






Menu wajib yang anda perlu cuba adalah Satay. Satay Ayam dan Kambing. Ainul makan Satay Kambing. Sedap sangat. 




Rasa rempah pada satay, di masak dengan baik. Sedap sangat. Rasa nak makan lagi 


Kites Restaurant yang selesa untuk semua dan mesra kanak kanak. Jadi sangat la sesuai untuk berbuka puasa bersama sama keluarga.





Surau juga ada disediakan. Surau terletak di tingkat atas Restaurant. Anda perlu ke area lobby dan dari tangga restaurant ambil ke kanan hotel. Surau yang besar dan selesa. Telekung yang bersih juga disediakan.

Terima kasih Chef - Chef Holiday Inn yang menyediakan menu yang sedap






Untuk tempahan awal, mereka menawarkan harga promosi pada RM95 nett. Namun, jika tempahan dibuat dalam bulan Ramadhan, harga adalah seperti di bawah :


Hari Pertama hingga Hari ke 7


Dewasa : RM 115 nett
Warga Emas/Kanak-kanak : RM85 nett


Hari ke 8 dan seterusnya


Dewasa : RM 125 nett
Warga Emas/Kanak-kanak : RM95


4hb Julai Cuti Umum Nuzul Al Quran & Ahad


Dewasa : RM 115 nett
Warga Emas/Kanak-kanak : RM 85 nett



Untuk tempahan sila hubungi :

Call : +60 7802 5245

Email : ramadhan@holidayinnkl.com.my

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments