Berpuasa Penuh ketika Hamil.. Tak Lapar ke?

Tuesday, June 02, 2015

Ramadan bakal menjelma. Pejam celik pejam celik 7 Ramadan genap la Maryam 1 tahun. Rindunyer Cik Yam masa baby. Tak puas melihat anak membesar depan matakan.

Pengalaman berpuasa penuh untuk 2 kali pregnant. dan 2 kali time tu pregnant di 3rd trimester. Masa Arreessa pregnant masa tu 8bulan dan Maryam 9 bulan. Cuma Maryam sempat pose 2 hari je. Lepas tu Ainul dah masuk hopsital kena induce.

Alhamdulillah tiada masalah untuk berpuasa dan Islam sendiri tidak membebankan ibu ibu hamil untuk berpuasa. Kalau tak mampu boleh berbuka. Cuma bagi Ainul rasa sayang kalau tak puasa. Selagi mampu Ainul akan berpuasa.

Sedikit pengalaman Ainul la ye untuk dikongsi bersama

1. Niat


Niat nak puasa kerana ALLAH la kan. InsyaALLAH mesti ALLAH akan permudahkan. Bukan Niat nak puasa sebab nak tunjuk kat orang aku boleh je puasa ketika pregnant. ehmmmm... Niat kena la betul ye ibu ibu. Baru la dapat pahala

2. Beritahu baby


Ainul akan bercakap dengan baby yang esok kita akan berpuasa. Baby dalam perut pun faham tau.

3. Sahur


Ni paling PENTING la ye. Ainul akan pastikan ainul mesti makan nasi. Masa sahur Ainul akan makan betul, minum air banyak banyak dan makan vitamin untuk bagi tenaga. Macam Ainul akan bancuh ESP dengan Kurma. Sedap dan bagi extra energy. ESP ni yang BEST sebab tenaga akan dilepaskan sikit sikit. Jadi kita akan rasa kekal bertenaga sepanjang hari. Kalau makan nasi je , nasi ni cepat kenyang dan lepas tu tenaga dilpeaskan semua. Cepat la lapar balik. Selain nasi , roti pun bagus sebab roti pun lepaskan tenaga perlahan-lahan.

Bergantung la ye selera nak makan nasi atau roti. Pasti karbohidrat diambil.


4. Baby bergerak gerak


Selalu pukul 4-5 petang tu baby akan bergerak gerak. Maybe dah mula lapar kot. Jadi Ainul akan bercakap dengan dia. Pujuk dia. " Kejap ye sayang.. sikit je lagi kita nak berbuka" .. " Sayang nak makan apa? "

Setiap hari ainul akan bercakap cakap dengan baby. Jadi masa berbuka tu makan la apa yang baby rasa nak makan. hehe baby ke mak baby nak makan kannn


Kalau rasa tak tahan sangat sampai rasa nak pengsan tu kita dibenarkan berbuka. Jangan la sampai memaksa diri.

So far Alhamdulillah pregnant dan menyusukan anak masa berpuasa tiada masalah. Depends pada badan kita. Cuma jangan la ambil kesempatan pulak kan. Tak best la kalau tak puasa. Nak raya pun takde feel.

Selamat berpuasa :)





LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments