8 Tips Memilih Set Berpantang Bersalin Yang Terbaik

Sunday, May 10, 2015

Bila hampir saat untuk melahirkan bakal ibu pasti sibuk mencari set berpantang bersalin kan. Di pasaran terdapat pelbagai jenama sampai tidak sendiri tak pasti yang mana 1 yang sesuai , berkesan untuk digunakan dalam pantang nanti.

Bagaimana untuk memilih set berpantang selepas bersalin yang boleh membantu ibu ibu kekal cantik, bertenaga, luka cepat sembuh dan paling penting bantu elak sembelit. Takut tau sembeli ketika dalam pantang. Silap silap jahitan boleh terbuka dan terpaksa di jahit semula. Oh! Ngeri..




1. Dapatkan Info Produk

Pastikan anda mendapatkan info yang tepat mengenai product. Sila buat research untuk pelbagai jenama product. Pastikan info yang diperolehi tepat dari penjual yang betul.


2. Budget

Sebelum membeli, pastikan anda tahu berapa budget anda untuk membeli set berpantang ini. Anda boleh bertanya pada kawan -kawan atau keluarga yang ada pengalaman berapa harga untuk sesuatu set lengkap. Pastikan setiap nilai wang yang anda laburkan berbaloi.

Ada set berpantang yang lengkap dengan mandi, minyak dan barut. Tetapi mungkin harganya agak mahal.

Pastikan juga set yang anda pilih bukan hanya boleh digunakan ketika berpantang sahaja. Ianya lebih berbaloi jika selepas berpantang anda masih boleh menggunakannya untuk kesihatan berpanjangan.

Bila anda tahu budget anda berapa, maka senang la untuk anda berurusan dengan penjual. Beritahu budget anda dan biarkan anda yang tentukan budget bukan penjual.



3. Jenama Produk

Adakah anda membeli sesuatu produk berdasarkan nama produk tersebut ataupun setelah meneliti info produk tersebut?

Setiap produk mempunyai keistimewaan tersendiri jadi sebagai pengguna anda dinasihatkan meneliti isi kandungan produk, cara penggunaan dan lain-lain agar produk yang dibeli dapat digunakan sebaiknya.


4. Sesuai Atau Serasi Ke Dengan Diri Sendiri?

Dengan info produk yang telah anda perolehi,perbandingan produk dapat dibuat,dengan ini anda dapat buat rumusan produk mana yang agak bersesuaian dengan diri sendiri.Ramai yang membeli sesuatu produk tanpa mendapatkan maklumat yang mencukupi dan akhirnya produk yang dibeli tidak menepati citarasa diri si pemakai.

Kalau inginkan set bersalin yang ringkas, mudah, senang dan praktikal khasnya untuk mereka yang bekerja dan tiada orang menjaga semasa berpantang atau segala-galanye perlu dilakukan sendiri,

dicadangkan memilih set bersalin dari jenama-jenama ini contohnya

  • Amway Tropical Herbs,
  • Nona Roguy
  • Leesa Confinemum
  • Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara
  • Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga
  • Sendayu Tinggi

adalah antara yang sesuai (kebanyakan ubat-ubatan adalah dalam bentuk Kapsul / Tablet).
Manakala untuk yang suka set bersalin yang lebih tradisional, bolehlah mencuba


  • Mustika Ratu
  • Nyonya Meneer
  • Set Air Mancur
  • Set Orang Kampung
  • HPA 
  • Jamu Afiat

(Set-set ini juga ada terdapat dalam set serbuk - perlu dibancuh dan minum, serta juga terdapat set pil / kapsul).

Bagi ibu yang tidak suka akan jamu boleh mencuba Set Bersalin atau Berpantang Shaklee ini,ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi.Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi.Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.


5. Beli Secara Berasingan Ataupun Set Bersalin Berpakej

Penjual akan cadangkan anda mengambil set lengkap tetapi ianya tetap HAK anda untuk memilih sama ada untuk mengambil secara berasingan atau lengkap. Tengok semula pada budget anda .

Pastikan anda tahu fungsi untuk setiap product yang dijual. Dari situ anda tahu mana yang patut anda ambil.

Dari pengalaman saya berpantang anak pertama yang ambil full set. Di penghujung berpantang masih ada product yang saya tidak guna. Membazir la kan. Selepas berpantang sudah tidak ambil sebab ianya berbau herba. Takkan nak ke pejabat berbau herba kan. Jadi anak ke dua saya hanya memilih product yang saya suka sahaja.


6. Tanya Pendapat

Cuba tanya pendapat sesiapa yang anda kenal, tanya pendapat mereka, produk apa yang dipakai, sesuai tak dengan diri si pemakai, apa kebaikan dan keburukan produk tersebut. Melalui cara ini juga dapatlah anda jadikan panduan.

Kalau boleh sebelum bertanya pendapat, cuba kumpulkan info produk dahulu, agar boleh anda bertanya lebih lanjut dengan sesiapa yang anda nak tanya itu.Kalau anda tiada info produk,nanti anda hanya menjadi pendengar sahaja.



7. Beli Dengan Harga Yang Berpatutan

Setelah membuat pilihan set bersalin.Bolehlah pergi membelinya tetapi tidak perlulah tergesa-gesa..Tunggu dekat-dekat nak bersalin pun tak mengapa. Jenama sudah pasti maka anda boleh mencari penjual yang menawarkan harga, service yang terbaik.

8. Beli Di Mana?

Set Bersalin mudah didapati, boleh dibeli di kedai ubat,pasaraya,beli secara Online (laman web,FaceBook atau Blog) dan lain-lain. Kalau beli secara online pastikan anda membeli di web atau blog yang anda betul-betul yakin.Ini bagi mengelakkan anda tertipu dan mengalami kerugian.
Jika berminat dengan set berpantang Shaklee boleh hubungi saya di 013-3612717. Budget anda yang tentukan bukan saya


LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments