5 Fakta Mengenai Perkembangan Anak Ibu Bapa Wajib Ketahui

5 Fakta Mengenai Perkembangan Anak Ibu Bapa Wajib Ketahui

Proses pertumbuhan Si Manja merangkumi pelbagai dimensi. Oleh itu, dia memerlukan nutrisi yang penting demi perkembangan tubuh dan otak.

Pernahkah anda terfikir sama ada anda telah melakukan segala yang mampu untuk memupuk potensi Si Manja sepenuhnya?

Berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui untuk memberi si manja lebih lagi nutrisi melalui makanan – memastikan dia mendapat dos harian nutrient yang penting untuk menyokong lima bahagian tumbesaran utama untuk pertumbuhan kanak-kanak – iaitu otak, tulang, sistem imun, penghadaman dan kecergasan.

1. Perkembangan Otak

Tahukan anda bahawa otak Si Manja akan melalui proses pertumbuhan yang cepat dalam tiga tahun pertama kehidupannya? Tidak hairanlah jika sesetengah orang mengumpamakan kanak-kanak bagaikan span yang boleh menyerap segala yang diberi! Itulah sebabnya nutrien seperti DHA amat penting untuk membantu pertumbuhan yang pesat ini.

Selain daripada pertumbuhan anak anda, salah satu kegembiraan sebagai ibu bapa ialah melihat Si Manja bertambah tinggi, kuat, menjadi lebih aktif dan ingin tahu tentang dunia di sekelilingnya. Inilah perkembangan yang anda tidak akan dapat dilupakan.

2. Pertumbuhan Tulang

Oleh itu, sewaktu dia bermain bersama kawan-kawannya, memanjat di taman permainan dan meneroka dunia di sekelilingnya, dia harus mempunyai tulang yang kuat untuk menyokong seluruh tubuhnya. Hampir 90% pertumbuhan tulang berlaku sebelum usia 18 tahun bagi wanita dan 20 tahun bagi lelaki. Oleh itu bekalan kalsium yang mencukupi pada peringkat kanak-kanak amat penting sebagai asas yang kukuh untuk tulang yang sihat setelah dia dewasa.

3. Pertumbuhan Tisu

Proses ini seiring dengan pertumbuhan tisu. Si Manja memerlukan bekalan protein yang stabil untuk memperkukuhkan pembesaran dan membolehkan tubuh membina dan membaiki tisu tubuh sewaktu dia sedang membesar.

4. Sistem Imun

Di samping itu, Si Manja harus mempunyai sistem imun yang kuat untuk memastikan dia dilindungi dan terus aktif bermain serta meneroka sekelilingnya. Jumlah Vitamin A yang mencukupi akan menyokong sistem imun serta daya penglihatan dan kulitnya.

5. Sistem Penghadaman

Penjagaan kesihatan dalaman juga amat penting. Sistem penghadaman yang baik bagi kanak-kanak membolehkan tubuh mereka menyerap nutrien dengan lebih baik. Ia juga mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit dan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida berantai panjang (lcFOS) membantu mengekalkan persekitaran usus baik. Oleh itu, sistem penghadaman menjadi lebih sihat dan bertahan terhadap jangkitan.

Untuk menyokong pertumbuhan dan potensi menyeluruh anak anda, Dumex Dugro® 5-Nutri telah dirumuskan dengan protein, kalsium, vitamin A dan IcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA berbanding formulasi terdahulu untuk menyokong perkembangan otak.

Ada pelbagai jenis perisa susu dari Dugro yang sesuai untuk si manja anda

Dengan nutrisi yang betul untuk menyokong tubuh yang sihat bersama persekitaran yang positif, Si Manja mempunyai asas yang kukuh untuk membesar secara menyeluruh, supaya dia dapat cipta serta meneroka dan mempunyai masa depan yang lebih cerah lagi.

Reference

1.Facts for life (4th edition) by UNICEF, WHO, UNESLO, UNFPA, UNDP, UNAIDS, WFP and World Bank (2010).

2.Sandra L Huffman et al. Maternal and Child Nutrition (2011).

3.National Institutes of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases, ‘Osteoporosis: Peak Bone Mass in Women’.

http://www.niams.nih.gov/health_info/bone/osteoporosis/bone_mass.asp

4.Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents, NCCFN (2013)

5.Report of a Joint FAO/WHO expert consultation. Human vitamins and minerals requirement, Chapter 7: Vitamin A (2001)

6.Roberfroid M et al. Prebiotic effects: metabolic and health benefits. Br J Nutr 2010 Aug;104 Suppl 2:S1-63.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge