Tukang urut bersalin paling Best di Shah Alam

Tukang urut bersalin paling Best di Shah Alam

Bila mengandung dan hampir nak bersalin, tukang urut antara yang kita carikan. Zaman sekarang dah banyak confinement lady yang boleh jaga dalam pantang dan pakej urut sekali. tapi ada yang nak juga tukang urut yang datang untuk urut je kan. Rasa lagi selesa. Duduk di bandar ni susah nak cari tukang urut yang sedap urutnya dan harga berpatutan. Dulu ada akak mengurut ni tapi orang indonesia. Mak mertua yang kenalkan. Masa bersalinkan Arreessa , akak ni yang mengurut ainul. seminggu je dekat Shah Alam lepas tu balik kampung ada makcik mengurut. Tapi dia dah pindah dan lost contact dah. sampai la terjumpa Tukang urut bersalin paling Best di Shah Alam ni dan Ainul dah guna perkhidmatan akak ni rasanya dah 10tahun.

Macammana kenal Tukang urut bersalin ni?

10 tahun lepas adik ainul bersalin anak premature. dan dia berpantang kt rumah Ainul. Bersalin baby premature semua belum sedia apa apa sangat dan masa ni susu adik pun takde lagi tapi kena hantar susu ke NICU. contact la beberapa orang tukang urut. Ada yang tak available, ada yang dah tak mengurut, ada yang tak biasa urut orang bersalin premature, ada yang tak biasa mengurut orang bersalin czer. nampak nak cari tukang urut bersalin yang penuhi kriteria pun susah tau. Salah pilih sakit badan ooo

dan akhirnya ada tukang urut yang tak available nak urut masa tu bagi no akak ni. Contact akak ni free dan boleh datang urutkan. dan Alhamdulillah susu adik meriah, badan segar selepas akak ni urut.

Tukang urut bersalin paling Best di Shah Alam

Nama tukang urut bersalin ni kak Arneza. kak Arneza ni ada kelulusan dalam bidang urutan tradisional. Akak Arneza ni pernah mengurut artis jugak tau. Dia dulu keje produksi. Jadi mana artis yang terseliuh tu dia tolong urutkan
Tukang urut bersalin paling Best di Shah Alam

So far dalam pantang dia tungku, mengurut memang best. Masa mengandungkan Maryam pun dah kenal akak asnieza ni. Dia pun mengurut masa Ainul pregnant. Jadi badan takde la penat je.Boleh ke jemput dia ke rumah kita mengurut?

Boleh sangat. Kak Asnieza ni ada Spa di Seksyen 7 belakang Unisel. Nak pergi Spa dia boleh nak suruh dia datang ke rumah pun boleh. Jangan risau sebab kak Asnieza tahu bawa kereta.

Cara hubungi dia

Korang boleh whatsapp/sms atau call Kak Asnieza ni 011-21118709 atau 010-5367892

6 thoughts on “Tukang urut bersalin paling Best di Shah Alam

  1. Assalamualaikum…saya Ada menyediakan urutan selepas bersalin/berpantang.area sentul serta sekitar Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan boleh call 013-2096836/018-3636986

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge