Pengalaman bersalin normal selepas pembedahan di Hospital Putrajaya

Thursday, March 26, 2015

Sudah 8 bulan bersalinkan maryam tapi terpanggil nak berkongsi pengalaman jugak. Ramai yang pm tanya pengalaman bersalin kat sana. Best ke bersalin hospital kerajaan. Anak 1st dulu bersalin di private. Apa beza nya? 




1. Ward


Ainul cuba nak dapatkan FPP tapi sebabkan lambat daftar so dah penuh. Moral of the story nak FPP sila book apabila tahu je pregnant ye. Mula mula sedih la juga tak dapat FPP. Masa masuk ward tu minta bilik berdua pun penuh. Yang ada ward biasa yang duduk 5 orang. Apa??? ishhh taknak la. Takde privacy.huhuhuuu.. takpa pujuk hati masuk je dulu nanti minta tukar

Bila dah masuk BEST la pulak dok ramai-ramai. hihi.. Hospital kerajaan husband tak boleh tunggu jadi bila ada kawan-kawan rasa terhibur pulak. Masing masing berkongsi cerita. mana yang sudah bersalin tu bercerita pengalaman mereka.

Ward bersih dan setiap hari cadar akan ditukar. Selesa la bagi Ainul. Toilet pun bersih. Cuma toilet kena kongsi la 5 orang.. Tak kisah la kan.. banyak bebenor demand p bersalin kat private kannn..



2. Doctor , Nurse


Alhamdulillah nurse, doctor sangat baik. Banyak membantu dalam pelbagai sudut. Masa check up Ainul memamng dah bagitahu nak cuba bersalin normal. Jadi doctor & nurse memnag tahu. Masa kena induce siap borak borak dengan doctor.doctor pun layan kan je la. Seminggu dok hospital nurse pun dah kenal akak...hihihi

Apa apa soalan bodo akak diaorang layan.. Sampai ke labor room doctor yang dekat wad turun dan bagi semangat. Suka la Doctor tu. Nama dia Dr Ben. Chinese man.. lembut jee..


3. Makanan


Makanan kat hospital ada yang sedap giler ke? yang tak best kita tak boleh pilih menu la. Makan je apa yang hospital sediakan. Ada yang sedap ada yang kureng. Ainul tak cerewat sangat jadi makan je. Mana yang teringin nak makan call husband bawakan..


4. Kos bersalin


Hospitak kerajaan tak semahal private la. Ainul duduk hospital seminggu dan kena induce 2 kali, kena vacumm.. total RM600++ . yang mahal vacumm RM400

kalau tak kena vacumm berapa la harga nya. Harga ni sebab ainul bukan pekerja kerajaan. Bekerja sendirikan. Jadi kalau pegawai kerajaan lagu murah rasanya



Ariana Maryam.. fresh from the oven tau.. beberapa minit lahir ke dunia



Alhamdulillah pengalaman pertama yang indah walaupun seminggu bertapa kat hospital. Terima kasih nurse, doctor ward 5B ( dah lupa sebenarnya) .

Kepada bakal ibu yang nak bersalin di Putrajaya tu jangan risau ok. Semoga dipermudahkan segala urusan..

LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

  1. As salam..
    Boleh share kenapa kena tahan wad sampai 5 hari?

    ReplyDelete