Homemade icecream senang dan sedap

Saturday, March 21, 2015

Musim panas panas ni pekena ice cream memang sedap bangat. Lagi sedap kalau di buat sendiri. Ni Arreessa punya resepi la. Dia pandai buka youtube dan tunjuk nak macam ni mama.

Layan kan je la. bagus juga ada aktiviti dengan dia. Dari duduk mengadap ipad, handphone je. Dia memang suka memasak. Boleh masukmasterchef junior la.

Resepi homemade ice cream yang senang dan sedap


Buahan-buahan ni boleh guna buah kegemaran masing masing la ye. 

  • Tembikai 
  • Strawberry
  • kiwi
  • Popsicle Molds


Cara membuat isekrem yang senang giler

1. Blend tembikai sehingga menjadi jus. Boleh tambah air sikit supaya tidak berserat sangat

2. Susun buah-buahan potong seperti strawberry, kiwi ke dalam Popsicle Molds

3.Popsicle Molds ni ainul beli dekat Mr Diy je.

4. Tuang jus tembikai tadi ke dalam Popsicle Molds

5. Masukkan dalam peti ais

6. Tunggu ianya keras

7. Tadaaaaa... boleh makan..yumyummmm


Sedap kan.. dia makan sorang je.. huhuhuuu



LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments