Cinderella 2015 .. memang TERBAIK

Cinderella 2015 .. memang TERBAIK
Last week dapat tahu je cinderella dah keluar cepat cepat beli tiket. Sejak awal iklan kat tv dah beritahu Arreesaa yang nak bawa dia p cinema tengok cinderella.
Excited la dia. Dari siang asyik tanya bila nak pegi. Sampai taknak tidur la siang tu. Takut Cinderella dah habis katanya
Ainul ambil tiket malam sebab nak Maryam tido jadi takde la dia meraung dalam wayang pulak kan
6.30 petang je kami terus keluar rumah ke Space U8. Paling dekat dengan rumah. Jusco Bukit Raja pun dekat tapi masa nya jam 9malam. Terlalu lewat. Di Space U8 8malam.ok la untuk anak anak
Sampai je sana makan dulu & solat. 1st time masuk surau di Space U8. Ramai cakap suraunya cantik. Betul besar, bersih dan cantik tapi agak panas malam tu.maybe cuaca pun memang panas kan
Selesai solat terus ke MBO. Ingat tak ramai orang.sekali..mak aiii boleh tahan la. Ramai juga kanak kanak sebaya Arreessa. Muka semua kemain excited.
Mak mak pun lebih kurang excited nyerr
Rambut dah sama dengan si ella tu..
1st time nak bawa dia masuk wayang jadi agak risau dia takut gelap. Banyak kali la juga pesan.kalau takut bagitau mama.
Masuk je wayang boleh pulak si Maryam bangun. Adoiii…bolatt je mata dia tapi tak nanges. Pelik kot. 
10minit pertama tu maryam ok ..lepas tu dia dah merengek mengantuk. Time tido dia. Ainul bawa dia ke belakang sekali dan dodoikan dia. Gelap, sejuk.. lena terus… ( tutup telinga dia dengan tangan ainul )
Cerita Cinderella memang Best.. Kelakar dan tak bosan. Dialog yang ada je buat kita nak ketawa
Part paling feeling ofcos la masa tari menari. Mak pun feeling pincesss.. hihi
apapun Cinderella memang best sangat. Korang patut tengok & bawa anak anak tengok cuti sekolah ini.
apapun ianya adalah sekadar hiburan dan kita sekeluarga dapat spend masa buat aktiviti bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge