9 tanda bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi

9 tanda bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi

Ramai ibu ibu yang baru melahirkan bayi merasakan bahawa susu mereka sedikit dan tak mencukupi. Bayi tak puas menyusu dan sebagainya. Mengakibatkan mereka memberikan susu di dalam botol. Sama ada susu ibu atau susu formula. Perlu diingat bahawa tindakan memberikan susu dalam botol terlalu awal boleh menyebabkan bayi mengalami kekeliruan puting (Nipple confuse) dan mengganggu keberjayaan proses penyusuan.

Saiz perut bayi yang anda perlu tahu

9 tanda bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi adalah :-

  1. Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  2. Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  3. Bayi anda meragam atau sering letih.
  4. Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
  5. Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  6. Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  7. Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  8. Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  9. Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
Bagaimana mahu pastikan susu ibu cukup untuk anak kita? Bagaimana puan ini lakukan untuk memastikan dia tidak panik jika anak menangis

Pastikan bayi melekap dengan betul. Dan sentiasa berfikiran positif. Pengeluaran susu adalah mengikut keperluan bayi. Oleh itu, ibu ibu tak perlu risau yang susu tak mencukupi. Minum air secukupnya. Makan makanan yang berkhasiat. Boleh juga ambil supplement untuk tambah susu dan tenaga

Luangkan lebih masa dengan bayi. Ini kerana, pada awal kelahiran, bayi suka melekap pada ibunya kerana dunia ini adalah baru bagi mereka. 
Mereka suka duduk dekat dengan dada kita untuk dengar bunyi degupan jantung ibu yang selalu dekat dengan mereka ketika berada dalam kandungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge