7 Tips Melancong Ketika Hamil. Last sekali tu memang power lahhh

Sunday, March 22, 2015


Melancong ketika hamil nyata berbeza dengan percutian biasa dilakukan sebelum ini.

Selain meraikan kegembiraan bakal menimang cahaya mata, bercuti ketika hamil sering dikatakan peluang terakhir untuk anda dan pasangan berdua-duaan sebelum memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.

Melancong ketika hamil memberi ketenangan kepada si ibu, sekali gus memberi pengaruh baik kepada bayi dalam kandungan.

Namun, bagi ibu mengandung yang ingin bercuti, perancangan percutian yang lebih fleksibel amat dituntut.

Bercuti di dalam atau luar negara tetap memerlukan ketelitian dalam perancangan dan punya banyak perkara yang perlu dititikberatkan.





Tip melancong minggu ini mungkin dapat membantu anda bakal ibu yang ingin bercuti sambil merehatkan diri di destinasi idaman.

1.Berjumpa doktor anda

Lakukan pemeriksaan dan tanyalah doktor sama ada keadaan kehamilan memungkinkan anda bercuti. Bagi tahu doktor mengenai perjalanan yang dirancang dan minta dia membuat surat rujukan mengenai keadaan kandungan anda.

Dokumen itu boleh digunakan bila-bila masa sepanjang anda bercuti atau ketika menaiki kapal terbang.

Kehamilan bukanlah penghalang untuk anda menaiki kapal terbang, namun ramai yang risau. Justeru, tanya juga keadaan kandungan anda berkaitan dengan tekanan udara rendah atau tinggi saat menaiki kapal terbang.

Jangan lupa bawa buku kehamilan anda. Selain laporan doktor, buku itu sangat berguna jika anda mengalami sebarang masalah dan perlu pemeriksaan doktor.

2.Periksa penerbangan anda

Kebanyakan syarikat penerbangan menetapkan syarat-syarat penerbangan buat wanita hamil. Justeru, periksa kembali syarikat penerbangan anda untuk memastikan anda boleh mengikuti penerbangan itu.

Namun, kebanyakannya tidak membenarkan wanita hamil mengikuti penerbangan jika kandungan mencecah 35 minggu.

Bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, anda memerlukan surat pengesahan daripada doktor selain mengisi satu surat akuan.

Apa yang pasti, semua syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita hamil pada bulan terakhir menaiki pesawat.

Perjalanan menggunakan kereta


Jika anda menaiki kereta saat bercuti, rancang perjalanan yang dekat dan singkat. Pastikan anda berhenti untuk mendapatkan rehat yang banyak dan melunjur kaki ketika berehat.

Jika perjalanan anda mengambil masa lebih empat jam, banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan tidak baik untuk kesihatan.

Anda juga mungkin boleh mengalami kekejangan dan risiko lainnya. Justeru, pastikan anda berhenti berehat di sepanjang perjalanan.

3.Pengambilan vaksinasi perjalanan

Saat bercuti di luar negara, ramai yang tertanya-tanya adakah ketika hamil boleh mengambil vaksin perjalanan?

Doktor pasti tahu vaksin apa yang anda perlukan di negara yang dituju dan selamat diambil semasa hamil.

Namun, cara terbaik ialah jangan kunjungi negara di mana vaksinasi diperlukan semasa anda hamil.

4.Jaga pemakanan

Walaupun tujuan anda bercuti adalah untuk bersantai dan meraikan keseronokan bakal bergelar ibu, banyak yang perlu anda fikir sepanjang bercuti terutama makanan.

Walaupun anda sedang bercuti, anda masih lagi boleh makan dengan baik dengan memperhatikan setiap zat makanan yang dimakan sepanjang bercuti.

Bawa banyak snek seperti buah-buahan kering dan kepingan bijirin dalam beg galas anda supaya anda tidak akan merasa loya atau hendak pitam jika lambat makan.

Hindari minuman berkarbonat dan makan makanan yang boleh membuang angin supaya anda akan sentiasa selesa sepanjang perjalanan.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan sembelit serta meneruskan pengambilan makanan yang baik untuk anda dan juga bayi dalam kandungan.

5.Banyak minum air kosong

Adalah penting bagi anda mengelak daripada ternyahhidrat ketika hamil. Oleh itu, mengambil air kosong atau mineral sepanjang bercuti adalah sangat digalakkan.

Ini kerana, pengambilan air yang banyak dapat mengelakkan kekurangan badan dalam air terutama terlalu lama terkena penghawa dingin.

Selain itu, dengan meminum air kosong atau mineral yang banyak juga dapat membantu anda untuk lebih sihat dan ceria sepanjang percutian.

6.Pakaian yang sesuai

Memakai pakaian yang bersesuaian dengan destinasi yang dituju adalah perkara utama yang dititikberatkan semasa melancong.

Dengan itu, pakailah pakaian yang longgar, selesa dan dapat menyerap peluh dengan baik kerana anda akan lebih ceria serta selesa berkunjung ke mana-mana dengan pakaiana yang bersesuaian.

Kasut atau sandal yang digunakan juga perlu bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil dan elakkan menggunakan kasut tumit tinggi.

Kasut rata dengan sokongan untuk tulang belakang adalah pilihan kasut yang sangat tepat. Dengan kasut yang sesuai, anda boleh menikmati keindahan tempat yang dilawati dan sudah pasti kaki anda tidak kebas atau sakit.

Penggunaan sarung kaki khas yang dapat membantu pengaliran darah dari pergelangan kaki ke jantung dan paru-paru juga pasti menambahkan keselesaan anda sepanjang bercuti.



7.Aktiviti yang perlu dielakkan

Ketika hamil, banyak aktiviti menyeronokkan yang tidak sesuai dengan keadaan diri dan perlu dielak saat melancong.

Aktiviti yang boleh menyebabkan anda terjatuh seperti meluncur salji, menunggang kuda, luncur air, luncur angin dan mendaki perlu dielakkan.

Selam skuba dan sukan bertekanan perlu dielakkan kerana buih udara boleh terbentuk dalam salur darah anda dan disalurkan kepada bayi.

Selain itu, elakkan juga permainan “roller coaster” dan gelungsur air di taman tema. Pendaratan kuat dan kecepatan atau kelambatan secara tiba-tiba tidak baik untuk anda.

Baik juga anda lupakan sementara kolam air panas dan sauna kerana kepanasan yang keterlaluan tidak baik untuk bayi. Selamat bercuti!


Tips dari wanita hebat yang hamil 7 bulan panjat Candi Borubodur.. Selalu orang kita ni jarang nak travel jauh jauh bila dah sarat mengandung


LAGI ARTIKEL MENARIK

4 comments

  1. Sis.. Masa ni pregnant brape weeks?
    Travel ngan airasia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni 28-30week mcm tu. naik air asia pergi & malindo balik

      Delete
  2. Sis.. masa ni pregnant brape weeks?
    Travel ngan airasia ke?

    ReplyDelete