Betul ke epidural sebab kan sakit tulang belakang?

Tuesday, January 13, 2015



Pengambilan suntikan tahan sakit iaitu epidural ketika bersalin boleh buat sakit belakang. Betul ke?


Bagaimana dengan pengalaman korang? Ada ke sakit belakang selepas ambil epidural?






Pengalamana ainul bagaimana? Anak pertama kena bius jugak di tulang belakang sebab czer. Anak ke dua ambil epidural pun kena la kan... 2 kali dah ni. huhuuhu


Alhamdulillah sakit belakang tu biasa la kan tapi takde la sampai tak boleh bangun, nak bergerak. Sekali sekali tu terasa la


Apa yang ainul buat?



1. Posture


Benda biasa la ni. nak baring menyusukan anak pun kena betul caranya. Salah pusing mau sakit oo tulang belakang. Bila menyusu lama pun boleh sakit pinggang. Apa yang Ainul buat, lepas tu menyusukan anak , Ainul akan luruskan badan. Bagi tulang belakang rasa sedap kembali pada yang asal.



Posture yang betul ketika menyusukan anak












Bukan kedudukan menyusukan anak sahaja yang kena betul.. cara kita angkat anak dan tukar lampin pun kena betul. Pastikan kita tidak membongkok kan badan








Mesti ramai ibu ibu suka membongkok dan ambil anak kan.. saya pun kadang kadang.. Anak kita sudah la berat..Bila angkat anak sebegitu beban akan bertambah pada pinggang kita.




Jadi lepas ni kita sama sama buat cara sebelah kanan.







Bila menukar lampin ni rasanya ramai akan duduk atau berdiri .. Jarang kita nak membongkok ..




Posture ni nampak macam biasa je tetapi banyak membantu mengakibatkan sakit belakang, sakit pinggang tanpa kita sedar


2. Senaman



Senaman mudah untuk para ibu. Sambil sambil tengok tv pun boleh buat. Anak dah tidur tu boleh la spend 10 minit buat senaman ringkas.


Ainul selalu buat step seperti di bawah.. senang sangat..








Step ke dua tu Ainul sandarkan kaki pada dinding. Apa sahaja yang ada depan mata..




Rajin buat, rasa sedap tulang belakang. Release la kejap rasa tension pada belakang kita.


3. Pemakanan





Ni seharusnya la penting. Pastikan kita ibu ibu ini ambil cukup kalsium 1000mg sehari. Minum susu atau pil kalsium. Ainul memang setiap hari ambil Ostematrix.








Selain susu, anda boleh dapatkan calcium dari sumber berikut. Pastikan cara memasak yang betul supaya nutrien yang ada tidak hapus ye




Menurut WHO



Walaupun rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai risiko osteoporosis, namun secara purata mereka hanya mengambil kurang daripada 500 miligram (mg) kalsium setiap hari.

Jumlah itu lebih rendah berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang mengesyorkan sekurang-kurangnya 1,000 miligram sehari.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa hampir sembilan daripada 10 penduduk di Malaysia sedar mengenai osteoporosis.

Osteoporosis merupakan sejenis penyakit tulang yang ditentukan berdasarkan pengurangan jisim dan kepadatan tulang. Ia boleh menyebabkan keretakan tulang dan mengehadkan mobiliti seseorang dengan ketara.

Golongan yang berisiko menghidap penyakit ini adalah mereka yang berusia melebihi 50 tahun, wanita yang sudah menopaus, mempunyai sejarah keluarga yang mengalami osteoperosis, pengambilan kalsium dan vitamin D yang tidak mencukupi, mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan perokok. Sumber KOSMO
4. Chiropractic


Ini merupakan pakar dalam tulang belakang. Ramai kawan-kawan yang cadangkan bila sakit belakang yang teruk boleh berjumpa pakar. Tahap keberkesanannya Ainul kurang pasti sebab tak pernah berjumpa. Jika anda sakit mengalami sakit tulang belakang yang kritikal, cepat la berjumpa pakar ye.









5. Mengurut


Aktiviti wajib Ainul setiap bulan. Walaupun sudah lama bersalin tetapi tetap pergi mengurut untuk lancarkan peredaran darah, betul kan urat mana yang patut. Pastikan tukang urut yang betul


Masa ini juga dapat la kita spend masa untuk diri sendiri. Relax, tenang..






5 simple tips dari saya. Ini apa yang saya amalkan juga. Kita kaum wanita ni berisiko tinggi untuk dapat Osteoporosis tau. Taknak la bongkok, gigi rongak. Mesti la maintain vogue walaupun sudah 50 tahun kan..


Jadi mari la kita jaga kesihatan dan kecantikan..


































LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments