Yuran Little caliph Seksyen 7 Shah Alam 2015

Yuran Little caliph Seksyen 7 Shah Alam 2015

Tahun depan Arreessa sudah masuk 5 tahun. Tahun depan jugak masih hantar Arreessa ke Little Caliph Seksyen 7 Shah Alam. Alhamdulillah sejak Arreessa 2tahun , Ainul hantar dia ke sana. Nampak banyak benda Arreessa belajar. Tahun 2014 ni masuk 4tahun Arreessa ke pre school. Sebelum ni nursery daycare biasa je. Tapi bagus daycare dia sebab still ada aktiviti mewarna, art class, mengaji. 3tahun Arreessa dah boleh membaca Al-Fatihah, surah surah basic dengan lancar. 

Sepanjang 2014 progress sangat baik. Itu pun selalu ponteng sebab ikut mama p outstation, travel. Tak kisah la kan. Tujuan Ainul hantar Arreessa nak dia berkawan, bersosial, berjumpa orang. Bukan nak suruh dia wajib tahu membaca , mengira. Baru 4tahun. Bila dia tahu membaca, mengenal huruf, number itu dah bonus besar bagi Ainul. Taknak push anak. Bagi dia masa dan ruang untuk explore zaman kanak-kanak. 

Yuran pada 2015 ni adalah seperti di bawah…

Ini kira yuran 2015 la untuk anak-anak little caliph. Area lain maybe tak sama. Apapun kena ke little caliph cawangan berdekatan anda ye. 
Register Free RM100 hanya untuk anak anak yang baru mendaftar. Macam Arreessa dah pernah belajar kat Little Caliph jadi tak perlu bayar dah…
Daycare ni kalau selepas preschool, parents nak anak-anak stay dekat daycare sampai petang. So tambah la lagi RM180. Macam Arreessa tak perlu sebab dia pergi pre school je.
Semoga info dapat membantu parents yang nak hantar anak-anak ke little caliph membuat bajet..
Siapa hantar kat sana… kalau terjumpa Ainul tegur la ye
Jom baca kisah wanita ini…..

11 thoughts on “Yuran Little caliph Seksyen 7 Shah Alam 2015

  1. Salam, sy pun tahun 2015 nie baru hantar anak ke LC Bandar Bukit Raja, Klang…Mula2 tgk yuran terperanjat jgk, tp mengenangkan anak sulong sy redhakan ajer, skang tgh dlm suaikenal sebelum mula sesi Jan 2015, alhamdulillah xsmp sebulan byk perubahan…semoga menjadi anak yg soleh.

  2. Walaupun mahal tapi berbaloi. Terpikir nak anta anak masuk tadika perpaduan tapi memikirkan masa depan terpaksa la berkorban. Nak kata mahal mmg la mahal. Duit boleh cari. InsyaALLAH kalau rezeki anak takkan kemana!

  3. Askm pn..sy syarifah dr sh alam……nak tnya psl puan ada ckp baby pon ada cawangan Little Caliph ni ambik…blh pn share contact no dn cawangan kat mana tu sini? Tq pn..

  4. Pn Syarifah: little caliph tak ambik baby. 2tahun ke atas baru ambil. dl saya ada bgtau psl nursery tp tu bukan LC punya & saya tak recommend la nursery tu

    1. wsalam. 2thn tu daycare. bukan semua LC ada. kena call & tanya. Yuran bulanan kalau anak saya skrg 5thn RM250 half day utk kinder je. kalau lps tu masuk daycare dalam RM180 mcm tu.rasanya harga lebih kurang cuma 3thn masuk daycare bukan kinder

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge