Dapat RM30k.. apa nak buat?

Friday, December 05, 2014

Dapat RM30k apa nak buat? Wah!!! Bestnyer kannnnn.. jom berangan apa nak buat dengan duit tu.


1. Zakat & sedekah

Benda wajib. Nak zakatkan 4angka..sedekah 4 angka dimana akan di bahagikan sama rata ke rumah anak yatim, maahad tahfiz , rumah orang tua dll..


2.  Saving

RM10 untuk saving saya & anak anak. Beli gold, masukkan dalam tabung haji.


3. Settle hutang

RM5k untuk settlekan hutang yang ada. Bayar rumah, kereta, hutang kad kredit, personal loan. Selagi tak settle rasa tak tenang. Target 3 tahun settle hutang ni. Doakan saya ye


4. Bagi mak ayah

RM5k untuk parents.Jadi mak ayah tak perlu risau pasal kewangan bila pencen nanti. Saya pulak bekerja untuk sara mereka. Nak bawa mak ayah duduk bersama.


5. Reward diri dan keluarga

Nak bawa husband & anak anak p jalan jalan oversea. Teringin nak bawa mereka ke Disneyland Hong Kong, jalan jalan ke Jepun & Gold Coast Australia.


Tak salah berangan dan berimpian. Dari impian ni la kita usaha untuk dapatkan nya..


Saya YAKIN saya akan memiliki nya DECEMBER 2014

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments