Berniaga kecil kecilan dari rumah

Thursday, November 13, 2014

Rasanya ramai kawan kawan dah tahu yang ainul dah resign kan. Berhenti keje dan duduk rumah menjaga anak sendiri.

Tak menyesal ke ainul? Esok anak dah besar bosan duduk rumah

Soalan biasa orang tanya...

Alhamdulillah 11 bulan ni tak bosan duduk rumah. Ade je benda nak buat. Anak anak depan mata buatkan kita tak bosan.kalau bosan boleh keluar p jalan jalan.kan best..tak perlu tunggu hari minggu.

Anak anak dah besar esok... masa untuk ainul dan suami p travel. Itu impian ainul la.

Apa yang ainul buat duduk rumah? Harus la tak duduk diam mengharapkan duit suami sahaja.

Rasanya semua dah tahu yang ainul buat shaklee. Asalnya suka suka je tapi terSERIUS pulak.

Dari part time ke full time.. bila nampak ada peluang cerah..tu yang kuatkan lagi azam nak berhenti kerja.

Shaklee ini apa? Shaklee ni jenama makanan kesihatan untuk seisi keluarga.Ainul makan untuk bagi tenaga dalam menyusukan Arreessa. Bila dah makan rasa best, badan segar. Saja share kat blog ni. Ramai pulak kawan kawan, pembaca blog beli.

Bila dah full time buat shaklee ni kena la buat betul betul kan. Bukan macam dulu malas malas pun gaji masuk je. Sekarang memang kena berdikari sendiri.

Kepuasaan sebenarnya.. kebebasan masa...itu yang ainul mahukan.

Nak menjahit tak pandai... nak buat kek tak reti...

Nampak je peluang shaklee ni terus la grab. Lagipun hanya duduk depan pc, hp je. Sesuai la dengan ainul yang dulu keje selalu outstation kan.

Sekarang pun sangat la sesuai untuk ibu bekerja dari rumah.

Berniaga kecil kecil dari rumah...Alhamdulillah dapat la bantu suami dan extra duit untuk diri sendiri dan anak anak.


Kalau dulu 6.30pagi dah kalut nak p keje.. sekarang boleh selfie dulu dengan anak anak...

Saya adalah ibu bekerja dari rumah... i love it

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments