Cabaran 30hari Blogging day 20 : Cikgu paling BEST di Sekolah

Saturday, October 11, 2014

Cikgu paling BEST di sekolah. Banyak yang best dan majoriti cikgu saya best. Tapi paling best dan kami tetap rapat sehingga kini.

Mereka berdua ni Ustaz & Ustazah saya. Ustazah Fauziah mengajar saya sejak form 1. Ustaz Ridzuan ajar saya masa form 3. Form 4, 5 walaupun tak ajar saya tapi kami tetap rapat. Rapat tu bukan biasa tapi luar biasa sangat. Ustaz Ustazah ni macam kakak abang saya. Family saya pun kenal ustaz ustazah. 

Selalu kita dengan ustaz ustazah ni mesti segan. nak bercerita masalah pun malu. Dengan mereka saya tak segan pun. Pasal boyfriend pun cerita. Mereka sproting sangat. Sambil tu banyak bagi nasihat. 

Sekarang mereka dah berpindah ke Terengganu. Memang asal orang sana. Saya setiap kali ke Terengganu mesti singgah jumpa mereka. Hubungan tak putus selepas sekolah je. Masih lagi call, sms bertanya khabar. paling senang di facebook la sekarang


Kunjungan kami ke rumah Ustaz Ustazah Tahun lepas. InsyaALLAH hujung tahun ni akan ke terengganu lagi. 

Arreessa yang 1st time jumpa pun mesra dengan ustaz. banyak cerita dia. Dijamu dengan mee sup ketam.Sedap sampai berpinggan tambah.hehehheehh



Terima kasih ustaz ustazah..Banyak ajar , didik saya. Sampai dah kawen anak 2 ni mereka tak putus bagi nasihat.

Semoga mereka sentiasa di beri kesihatan yang baik. Aminnn!!


LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments