Cabaran 30 hari Blogging Day 21 : Subjek kegemaran saya

Saturday, October 11, 2014

Tajuk menarik cabaran hari ke 21 ni. Subjek kat sekolah yang menjadi kegemaran cheq. banyak kalau nak di LIST kan... 


1. SAINS


suka sangattttt sains. Ni untuk peringkat form 1-3 la ye. Selalu skor A dalam subjek ni. cewahhh riak pulak. huhuuu

Suka sebab masa tu belajar mata, telinga. ishh syiok la. faham pasal badan sendiri. Tapi masa form 4,5..biologi paling teruk result SPM. Susah bebenor nak faham. Padahal mian-main je dalam kelas. Bukan rezeki nak jadi doctor.. jadi juru buat buat terror je la yang mampoooo


2. KIMIA


Awal-awal blur.. tak faham.. exam je B tu paling hebat la pernah dapat. Bersaing pulak dengan budak cina. Tercabar woooo.. Memang pulun study. Akhirnya jatuh cinta pada CHEMISTRY. Suka buat experiment...suka la .... 

Masa Matrix memang SKOR subjek ni sebab suka sangat... 


3. FIZIK


Masa SPM result biasa-biasa je sebab takde la suka fizik sangat. Rasa subjek ni susah.huhu..
Masa matrik, dapat lecturer yang cun lagi best. terus jatuh cinta.  Sekarang baru tahu betapa pentingnya fizik dalam kehidupan. 


4. SEJARAH


Subjek orang tak berapa suka tapi saya suka. Dapat A tau SPM. hehehhe.. Suka sebab dapat tahu sejarah silam. Punya la suka sampai pernah bercita-cita nak jadi ahli arkeologi. hihiihi



LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments