Burger TERSEDAP di Shah Alam

Friday, October 31, 2014

Korang suka makan burger tak? sekarang famous dengan burger bakar tetapi saya tetap suka burger yang dimasak biasa. Burger ni sodap makan malam.hehhee mari menambah kalori 

Kalau kat shah alam ni burger paling saya suka burger pak din. Nama orang yang jual tu pak din kira burger pakdin la kan. 

Kenapa saya suka? sebab harusnya la sedap. Kalau cheese tu selalu burger letak atas dagingkan. Burger pak din cheese letak dalam daging. yumyummmm.. sedap bila cheese tu mencair dalam daging.

Pakdin sangat pembersih. kalau pergi beli sendiri korang boleh tengok la. Tersusun je bawang, tomato, roti. Tempat masak burger pun kemas, bersih,

Pakdin juga orang yang jaga solat. Penting jugak ni tau..



16 Days Photo Challenge Day 13 : Dinner

Nampak tak cheese tu..sedap ooooo

Kat mana gerai burger pakdin ni?

Ianya terletak di Seksyen 8 Shah Alam. Korang cari speedmart Seksyen 8. Pakdin ni menjual berdekatan Speedmart dan gerai makan. 

LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments