Menjadi working at home mom

Wednesday, September 10, 2014

9 bulan bergelar working at home mom. Best tak? menyesal tak resign as engineer dulu? Itu la soalan cepu gangsa ke perak orang kepada saya bila tahu saya sekarang bekerja dari rumah. Satu je jawapan saya iaitu HAPPY. Saya happy bekerja di rumah, saya HAPPY resign dulu. Kepuasan yang teramat sangat

Apa yang mempengaruhi saya menjadi working at home mom ( WAHM)


Pengaruh mentor saya Hadhatina. Dia la yang membuka mata saya yang menjadi WAHM ni best giler. Tak pernah terlintas nak bekerja di rumah dulu. Tahu keje makan gaji. Cukup bulan gaji dapat. Bila nampak mami hadhatina ni asyik post di FB pasal anak anak dia, duduk rumah dengan anak-anak. Ainul rasa cemburu.Ainul sibuk kejar apa entah sehingga balik 10malam, 3pagi pun pernah. Tengok tengok Arreessa dah membesar. Belum kira p outstation, weekend tinggalkan dia sebab kena jaga site, event. 


Dengan mentor saya mendaki Candi Borobudor di Jogja April lepas. masa ni pregnant 7 bulan. 



Apa PUSH FACTOR saya menjadi WAHM ?


Harusla nak-anak. Setiap kali tinggalkan Arreessa , dalam perjalanan keje saya mesti nanges. Lebih-lebih lagi kalau kena keje lebih masa. Pukul 5.30 petang patut dah balik keje ni time tu la baru nak start meeting. confem sampai rumah jam 9, 10 malam. anak pun dah tidur.esok 6.30pagi kena keluar p keje.anak belum bangun. Arreessa seolah faham 6.30pagi saya dah nak keluar rumah jadi pukul 6pagi dia akan bangun. sempat la main dengan dia kejap sambil sibuk nak iron baju, pakai tudung.

Arreessa pernah jatuh sakit dan masa sakit dia cakap " kalau mama sayang Arreessa, jangan la pegi work " 

SPEECHLESS !!! hanya air mata yang mampu mengalir. Maafkan mama sayang. kalau la mama boleh undurkan masa..




Apa plan saya untuk menjadi WAHM ?


Saya taknak kalau resign hanya duduk rumah mengharapkan gaji suami. NOT ME. Saya mahu ada gaji, income sendiri dimana saya boleh bantu suami, beri duit pada mak ayah, beli barang yang saya suka.

Apa perncangan saya? Business. Ye saya kena buat business dari rumah. Business apa? Saya pernah join Hai-O jual premium beautiful. Saya takde masalah nak jual tapi saya tak berapa pandai bab mencari orang. Setiap hari kena jumpa orang suruh orang buat loan. Saya tak berapa pandai bab tu. Sebab itu la saya kurang berjaya. huhu

Saya pernah jual kain pasang di facebook. terjual tapi kurang mendapat sambutan. Untung pun tak banyak. target saya nak resign income kena stabil at least sama gaji saya. Jual kain memang jauh la beza. untung beratus tu kira paling banyak la.


Apa yang saya buat?


Sejak 2011 iaitu ketika Arreessa setahun lebih saya mengalami susu merundum. Power pumping dah buat, minum air masak pun dah buat. Mungkin sebab badan saya penat, kurang rehat jadi susu pun segan -segan nak keluar. Keraskan hati jugak nak full breastfeed Arreessa. Saya selalu ambil EL sebab stok ebm takde. zero !!

Saya kenal seorang kakak di laman facebook. Siapa tak kenal akacan kita ni. Saya kenal Lyna Noh. Kenal sebagai kawan dan saya terbaca blog dia. Dia jual shaklee. Saya beli dengan dia set breastfeeding. Bukan untuk tambah susu je tapi yang utama saya nak tambah tenaga, badan cergas.Keje outstation, travel sana sini sangat penat tau. nak pump susu pun terkejar.. tu site dalam bangunan. kalau site di tepi jalan. pump susu dalam kereta je la.

Alhamdulilah berkat usaha saya berjaya bf Arreessa. Shaklee banyak membantu saya. Tapi time tu saya makan je. Tak terpikir nak business pun. 

2012 saya terjumpa blog hadhtina. saya nak beli vitamin untuk kuruskan badan. Obses nak kurus sebab bila breastfeed asyik nak makan je. Makan tidur makan tidur badan pun membolat dengan jayanya


bila konsistent memang TERBAIK hasilnya. Full story HERE


Pada suatu hari kak hadhatina offer saya untuk jadi ahli. Dia belanja. orang nak belanja ambil je la kan..


Saya ambil masa juga untuk bermula business. Hampir 6bulan baru saya terbuka hati. Itu pun saja-saja je share di blog dan ada orang beli. Sehingga la saya dapat bonus RM800++. tanpa keluarkan modal sesen pun. Tekejut ... serius tak sangka. suka suki je pun. Sejak itu saya nampak Shaklee dan saya ada jodoh. Saya yakin saya boleh guna landasan ini untuk saya menjadi WAHM


Siapa saya sekarang ?


Saya masih Ainul Mustafa.  Namun saya bukan lagi engineer telecommunication. Saya bukan lagi makan gaji..


Saya adalah working at home mom.. i'm proud to be WAHM





kami adalah working at home parents 









LAGI ARTIKEL MENARIK

3 comments

  1. Tahniah ainul,kagum!
    semoga makin murah rezeki ainul sekeluarga pasni,

    ReplyDelete
  2. TQ na. good luck kt na jgk. semoga boleh buka bakery sendiri.

    ReplyDelete
  3. tahniah kak..

    doakan saya mampu berjaya seperti akak juga

    ReplyDelete