Cerita Hari Raya 2014

Friday, September 05, 2014

Sudah habis Aidilfitri baru nak update. Maaf la ye. Sibuk dengan urusan lain sehingga lupa nak share raya tahun ni. Best raya tahun ini sebab ada Maryam. Walaupun dalam pantang tapi raya tetap raya. Lagi best bila tahun ni dapat beraya di hari raya pertama dengan family Ainul dan family husband

Memandang kan tahun ni turn family husband jadi tema kaler baju adalah mengikut family husband. Baju pun tak sempat nak tempah jadi beli aje la tahun ni. Nak mencari kaler tema iaitu oren bukan main susah. Ada satu butik ni di SACC baju dah cantik, simple je .takde manik, kerawang apapun. Harga?? Pengsan.. RM300++ kot. Motip sangat mahal giler sebab brand butik. Baik beli baju Jovian je. harga lebih kurang sama. Last sekali Ainul beli baju kat Dreamika. Boleh la dari takde.

Sehari sebelum raya, proses gotong royong memasak dilakukan di rumah mertua Ainul. Pagi pagi kami dah ke sana. Rumah dekat je. 1 seksyen.hehe

Pagi pagi tolong mertua buat kuih gunting. Kuih ni memang feberet kami sekeluarga. Nak buat kena gunting kecik kecik dan goreng. Sebab tu nama kuih gunting kot


gunting kecik kecik baru comel tapi saya pemalas .. maka hentam je la ye..


Arreessa pun nak tolong tok dia buat. Layan kan je la. Sambil buat sambil tengok tv. bila nak siap?


tadaaa... ini dia kuih gunting version Arreessa. Ni mcm bukan kuih gunting dah.kuih gemuk bolat

Lepas siap menggunting kuih..kami siapkan bahan-bahan nak buat rendang pulak. Pakar rendang pak mertua Ainul. Hebat tau memasak ni. Cakap je nak makan apa.



Yang ni konon assistant masak rendang.. masak ke main facebook... jangan rentung rendang tok said sudah 


Ini kawasan perumahan di Shah Alam bukan kampung tau. Tapi nampak suasana kampung. Itu la yang BEST pasal Shah Alam


Yang ni buah hati saya..tolong leraikan kulit kacang untuk dibuat kuah kacang... rajin tak??


Malam raya pasti wajib semua main bunga api kan. Setiap tahun itu la tradisinya.




main di rumah mertua..mana Arreessa? takut nak main

Lepas tu bergegas ke rumah adik di U12. Raya tahun ni kami beraya di Seksyen 8, U12 Shah Alam




Suasana malam raya di U12.. Semua adik beradik berkumpul bersama


Hari Raya pertama. Macam biasa la sepanjang hari sesi posing sakan.. Makan ambik gambo..makan lagi. So korang layan je la gambo raya den ye.

ini la mak mertua saya.. 


Raya pertama Maryam. Takde baju kurung. Pakai je baju orang hadiah. Nasib baik ada oren sikit.


Bulan Ramadan lepas Ainul dan kakak ipar sama-sama dalam pantang. Beza 2 hari je. Nama kami pun sama iaitu Ainul 


Ainul , Maryam, Ainul , Helena


Keluarga Faiz Saaid



Keluarga Saaid Manap & Dr Zurinah Hassan


Lepak rumah mertua lepas tu balik ke U12. Penat jugak la. Sehari 2,3 kali berulang alik umah saya dan mertua. Takde istilah pilih kasih. Sama & husband masing-masing give & take. Jangan berkira rumah awak lama rumah saya kejap .. 


Best tak posing tengah jalan. Semua orang balik kampung. Kami je tinggal. Siap bawa kerusi dok tengah jalan. heheehe



Keluarga Mustafa Ahmad & Rosnah Rejab


Penat ke sana sini tapi puas hati. Macam agaknya orang yang kampung dekat-dekat atau sekampung tu kan. Apapun saling bertolak ansur ok. 

Baru la rumahtangga meriah ceria selalu










LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments