Cabaran 30hari Blogging Day 10 : Vision Board

Cabaran 30hari Blogging Day 10 : Vision Board

Vision board ni apa? Vision Board ni apa jua impian, apa yang kita mahu kita gambarkan di atas kertas. Katakan kita ada impian nak beli kereta. letak gambar kereta apa yang kita nak. Model apa, warna apa. Tampal dekat dinding atau cermin yang setiap hari kita akan nampak. Betul ke kita boleh dapat?

Mula-mula macam tak percaya. Tapi saya dah rasa MAGIC nya Vision Board ni. Dulu saya nak sangat kereta Honda Civic. Selalu verangan je tapi tak buat vision board. Impian pun kabur kabur. Suatu hari saya dengan husband pergi jalan-jalan di Sunway pyramid. Kebetulan ada Honda Car Show di sana. Tanya-tanya la pasal Honda Civic. kami bawa balik flyers yang ada gambar Honda Civic 2.0 warna Hitam. Memang saya mahukan yang itu

Balik rumah saya tampal  kat SOHO saya. Setiap hari saya nampak dan sebut ” saya pasti akan memiliki kamu nanti “

kini ia memang milik saya.. Syukur YA ALLAH

Vision board hari ini sudah berubah.. Impian lain yang perlu saya capai.

Saya mahu beli Semi D di Alam Impian. Saya nak bawa mak ayah duduk dengan saya. Sebab tu saya kena cari rumah bilik banyak, lama besar. Adik beradik saya ramai. Saya nak jaga mak ayah.

Rumah sekarang saya tak akan jual sebab rumah ini rumah Arreessa. Sekarang kena cari rumah untuk Maryam. keje kuat sekarang nak sediakan rumah untuk anak-anak. harga rumah sekarang pun melampau mahal. Zaman anak anak tak tahu la harga berapa. Flat pun berjuta kot. 

Saya kena keje kuat untuk impian besar saya.. Doakan saya ye ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge