CABARAN 30hari Blogging Day 1 : Siapa saya

Tuesday, September 16, 2014

Siapa saya? Meh berkenalan sikit. Tak kenal maka tak cinta kan. Mana la tau nanti jumpa kat pasar ke kat mana mana boleh la bertegur sapa.

Nama saya sama macam nama blog la.senang nak ingat kan. Ainul Mustafa. Asal perak. Adik beradik ada 7 orang. Ramai kan.. semua dah besar besar. 4 orang dah kawen. 3 masih available ye.

Dulu saya keje juru buat buat terror. Sekarang ni working at home mom. Best oooo jadi surirumah walaupun penat giler.keje 24x7.. best? Best sbb suka hati kalau malas nak buat.hehehe.. kalau keje opis harus kpi paling teruk sekali la kan.

Anak saya ada 2 orang. Dua dua puteri. Masih kecik lagi. Ainul pun masih dalam proses belajar menjadi ibu kepada 2 orang anak.kelam kabut jugak cheq. Apapun kena maintain cool walaupun dalam hati Allah aje yang tahu

saya suka travel. Walaupun belum travel 1 dunia tapi itu impian saya. InsyaALLAH mahu kelilingi dunia melihat ciptaan ALLAH. Anak-anak pun bawa la. Mereka lagi la kena kenal budaya, kesusahan orang lain. 



kami di muzium brunei. Kat belakang tu la kenderaan diraja brunei. emas betul tau..

saya adalah breastfeeding mom. Saya sangat suka membantu ibu ibu yang ingin berjaya dalam penyusuan bayi walaupun mereka bekerja. Saya dulu juga bekerja, selalu outstation Alhamdulillah saya berjaya menyusukan Arreessa selama 3tahun 6bulan. Masa pun tengah pregnant kan Maryam 6 bulan.


Oklah cita sikit pasal saya. Tugasan kelas blog malam ni. Hehehee.. kena kenal kan diri dulu.tak kenal maka tak cinta kan.

Puteri jantung hati saya..


Saya & king of my heart..


LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments