6hari 5malam -Pengalaman melahirkan Ariana Maryam :part 2

Tuesday, July 15, 2014

Kesinambungan kepada cerita 6hari 5malam -Pengalaman melahirkan Ariana Maryam :part 1 . Part 1 kisah macammana kena masuk wad. Tak sangka la kan. Redha je la. Walaupun dalam hati meronta taknak masuk hospital awal. huhu


2July 2014



Hari ke 2 di hospital. Jam 6.30 pagi nurse datang kejutkan  dan bagitahu yang jam 7 pagi akan dimasukkan induce. Ainul tanya induce guna drip or masuk kot bawah. Nurse cakap masuk ubat kat bawah. Gulp!! takut!!! seram!! ketaq lutut..Bangun mandi & solat. Jam 7pagi ke bilik prosedur untuk dimasukkan induce. Sebelum tu sempat lagi sapu VCO kat bawah tu. 


Masuk bilik prosedur. Masuk aje dah scary..seram sejuk sampai mengigil kaki tangan. Dah la bilik tu sejuk. tambah lagi dengan takut. pertama kali kot kena seluk check bukaan. Masa Arreessa takde la nak rasa semua tu. Doctor perempuan. ok legaaaa.. Doctor suruh baring atas katil & bersedia untuk dimasukkan ubat induce. 


Kena seluk ke ni?? tarik nafas & borak borak dengan doctor. Eh! takde la sakit pon. Apsal baca kisah orang lain macam scary je seluk menyeluk ni. Ke pasal saya selalu sapu vco so kat bawah tu jadi lembut. entah la. Bukaan baru 1cm. Lepas tu doctor masukkan ubat induce. dose induce 1/2 dari biasa sebab saya ada history scar czer Arreessa dulu.


Settle 1st induce. Balik bilik lepak, tidur. hehehheee


Petang tu masih tak sakit. Tak rasa apa -apa contraction lagi. siap tawaf wad 3-4 kali.Tengok tv, ke sana sini. Tegur la semua orang kat wad tu. bosan duduk dalam wad dah terasa.


Malam tengah tidur tetiba terasa perut mengeras dengan kerap. Nurse datang check CTG. Contarction dah ada.YES !! happy sangat. boleh tak happy? hehehe


Alhamdulillah masih boleh tidur sebab contraction tak begitu kuat. 




3 July 2014



Bangun pagi dan jam 7 nurse suruh ke bilik prosedur untuk induce kali ke dua. Sampai sana doctor check ada contraction semalam jadi tak jadi nak induce kali ke dua. Tunggu je contarction makin kuat dan kerap dan check bukaan pagi tu baru 1cm. eeee geram je. Seharian dok tawaf je wad 2B. buat jalan itik, squatting untuk bantu bukaan cepat. Sampai malam contraction tetiba takde. Frust :(




4 July 2014



Disebabkan semalam takde contraction maka hari ni doctor nak induce kali ke dua. Time ni stress sangat sebab dah lama duduk hospital. Bosan tau. Minta doctor balik doctor tak bagi. Rasa macam nak lari je. nasib baik la ada kawan-kawan kat wad. Dapat borak takde la bosan sangat. Hahhaa.. dari nak tukar bilik terus tak jadi sebab best pulak duduk ramai-ramai. Dapat la share pengalaman, cerita. 4 orang je dalam 1 bilik.


Pagi tu jam 7 pagi, check bukaan masih 1cm. Doctor masukkan 2nd dose. Berdoa sangat agar tu last dose yang dimasukkan. Berdoa je cepat la bersalin. tak sabar nak balik rumah. Jeles dengan kawan-kawan 1 wad bersilih ganti bertukar orang.Ramai yang sudah selamat. Aku jugak teman setia wad ni.huhuuhuhu



lewat petang tu bersiap nak mandi. Tetiba rasa macam sesuatu pada kain. terasa sesuatu yang melekit. Buka kain tengok ada sesuatu yang panjang kaler coklat gelap. Berdebar!! tanya akak sebelah katil dia cakap dah turun tanda tu. Excited + berdebar + takut !! .. masanya hampir tiba..


Malam tu dah mula rasa lain. Sakit perut macam period pain. Rasa tak selesa tapi masih lagi dapat tahan. Tengah malam sakit makin kuat. Serius sangat sakit!!!! tak dapat tidur langsung sebab contraction datang 5minit sekali. Menggigil tahan sakit. Mampu makan kurma dan minum esp je. Itu je sumber tenaga.



5 July 2014



Subuh tu tetiba keluar darah.. Cepat panggil nurse. Tukar kain dan darah keluar lagi. terpaksa pakai pad sebab tak selesa bila darah asik keluar kena kain. 


Siang tu dapat la lelapkan mata sekejap. Makan memang tak berselera langsung. Cuma jugak makan sebab takut takde tenaga tapi tak selera sangat. Makan kurma dan esp je.


Bila check  bukaan baru 2cm. Ya ALLAH sakit sangat semalam bukaan baru 2cm. Patut la orang takut kena induce kan. Faham perasaan tu. Bila borak dengan akak sebelah katil, dari pengalaman dia 1-2cm tak rasa apa pun. 


Jam 3petang doctor datang check bukaan. Bukaan 3cm. Doctor bantu bukakan bukaan sikit. Kalau dah 4cm boleh masuk labour room. Dalam sakit-sakit tu , cuba jugak jalan , squatting, jalan itik. harap cepatkan bukaan.


Jam 4 petang bukaan sudah 4cm.. Panggil husband dan suruh dia bersedia untuk ke labour room. Jam 5 petang baru masuk sebab ramai pulak yang bersalin time tu. 


Apa kisah dalam labour room?  kita sambung next part :)











LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments