6hari 5malam -Pengalaman melahirkan Ariana Maryam :part 1

Friday, July 11, 2014

Kisah perjalanan saya melahirkan anak ke dua. Kisah kejayaan saya untuk melahirkan anak secara normal selepas anak pertama dilahirkan secara pembedahan.kejayaan besar bagi saya.

1 July 2014 : 38 minggu 3hari kehamilan

tarikh appointment dengan doctor O&G di Putrajaya. Disebabkan bulan puasa Ainul ajak husband bergerak awal pagi. So takde la menunggu lama kan.lepas je subuh bersiap, hantar Arreessa ke rumah atok dia & kami terus ke Putrajaya. Kenapa nak bersalin di Hospital Putrajaya? Jauh dari Shah Alam kan.Kenapa bukan DEMC, UMRA atau KPJ di Shah Alam? Mesti korang tertanya tanya kan. Nanti ainul jelas kan di entry lain.panjang kang lagi cerita nya.hehe

Sampai di Hospital Putrajaya jam 7.30pagi. Rasa dah awal rupanya dah ramai yang datang lagi awal.fuhh!! Daftar & terus ke department O&G. Oh ya selepas pendaftaran kena check blood pressure & berat. Prosedur biasa la kan. Masa ambil tekanan darah nurse check tinggi.. hah!! TINGGI !!! tak pernah sepanjang mengandung ada blood pressure tinggi. Selalu normal atau rendah je. Terkejutzzz den. Nurse ambil 2 kali. Bacaan masih tinggi. Berdebar la ni.adakah pasal buka puasa malam sebelum tu makan kambing, nasi arab? Lepas tu tidur lambat 12.30pg, bangun 4pagi masak sahur , 6.30pagi dah gerak ke Putrajaya..Adakah kerana semua itu? Atau normal di hujung pregnancy? Check berat badan masih maintain lagi.berat tak naik pun. Ujian air kencing pun normal.

Masuk jumpa doctor. Scan keadaan baby.Alhamdulillah sihat, air ketuban pun ok. Berat baby doctor anggarkan dalam 2.4kg -2.6kg. Doctor check blood pressure sekali lagi sebab dalam rekod hari tu kali pertama blood pressure naik. Doctor check...NORMAL .. double check... NORMAL.. fuhh !! Legaaaa..

Kemudian doctor keluar dari bilik kejap.yelah doctor yang check tu doctor biasa je.bukan pakar. 10min lepas tu dia masuk. Hasil perbincangan dengan doctor pakar didapati blood pressure saya tak stabil jadi kena admit hari tu dan mereka akan induce. APA??? Induce??? Kena masuk wad??? I'm not ready yet !!!!

Doctor siapkan segala document. Saya diminta ke kaunter kemasukkan untuk pendaftaran masuk wad. Di sebabkan wad penuh jadi saya balik rumah dulu.nanti ada wad kosong mereka call.

Balik rumah & terus buka puasa. Takut penat puasa blood pressure naik lagi. Tapi saya yakin blood pressure saya normal.balik rumah, makan, minum apa yang rasa teringin nak makan.

Kemas kan barang barang baby, diri sendiri & barang Arreessa yang akan ditinggalkan dengan atok nenek dia.sedih sangat sebab kena tinggalkan arreessa.di rumah cuma juga baca kisah orang lain pasal kena induce.ramai yang cakap kesakitan yang kuat compare dengan contraction yang datang secara natural. Membaca pasal natural induce, proses induce, pengalaman orang kena induce. Cuba mencari kekuatan di situ.
Waktu berbuka puasa pun hospital masih belum call.hati dah rasa lega.mungkin esok kot baru masuk wad.hehehe.
.
Lepas berbuka di rumah mertua, balik ke rumah parents saya pulak. Di rumah mak dapat call dari hospital putrajaya suruh masuk wad sekarang..jam 9mlm time tu. Tak sempat nak makan rendang sotong mak. Sebab dah kenyang + takut + berdebar time tu. Balik rumah ambik barang yang dikemas petang tadi. Bawa bag luggage tau.macam nak p holiday.layan je la.senang bawa semua benda dalam 1 bag.

Sampai di hospital putrajaya dalam jam 11 malam.selamba je melewat lewatkan kemasukan.daftar masuk & kena bayar deposit RM400. Dapat wad yang 4orang.taknakkkk nak single atau double.minta tukar masa pendaftaran tapi semua penuh.huhu.. takpa malam ni je. Esok minta husband bagitau nak tukar bilik.

Masuk wad 2B katil no.15. Betul depan kaunter nurse. Wad ok.bersih, besar. Husband tak boleh tunggu. Huhu kena tidur dengan kawan kawan di sana.
zZzZzzzz.... tidur.....esok kita sambung kisah bab kena seluk..errrrrr.. kena induce...erhhhh......


LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. eh..parents ainul dah pindah dok sini ke bukan dorang kat gerik?

    ReplyDelete
  2. @mmun-e : ayah ainul kan brlps operate bypass jantung. so duduk kt rumah adik kt shah alam ni. dh tak duduk gerik.skrg dok jitra.ayah keje sana

    ReplyDelete