Kifarah TV3 : Wifi Ada Tak?

Saturday, May 24, 2014

Siapa tengok cite ni semalam? Serius 1st time tengok slot kifarah ni. Best rupanya.yang penting padat dengan nasihat berguna untuk semua.


teknologi ni bagus kalau digunakan sebaiknya.Macam cerita ni bagi handphone kat mak ayah untuk mudah dihubungi. Isteri berniaga online dan bekerja dari rumah.

yang tak best apabila kita terlalu taksub. Sampai lupa tanggungjawab, sampai lupa anak anak. 

Kadang-kadang takut bila kita ni terlalu leka bermain sampai lupa hubungan keluarga. Tak berborak, makan sekali, bermain bersama. Mangsa adalah anak anak kecik. Mereka dari kecik sudah terdedah. Tak bagi macam pelik sebab ini zaman mereka.cuma kena pantau la.tidak la sampai 24jam bermain gadget. Ada masa bermain, ada masa makan dan ada masa berborak dengan ahli keluarga.

korang ada tengok tak? Kalau belum boleh la buka di TONTON.

tahniah kepada penulis skrip, pengarah dan semua yang terlibat.cerita singkat penuh nasihat dan diselit juga unsur kelakar.

rasa nak ulang tengok sekali lagi



LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments