3 tips apa yang perlu dilakukan ketika simpul biawak menyerang

Tuesday, May 20, 2014

Apa yang kita akan buat bila simpul biawak atau cramp terjadi tengah -tengah malam ? Simpul biawak ni sering terjadi pada ibu hamil. Kalau tak suka atau jarang minum susu lagi la selalu kena. Ada yang setiap malam kena. Ada juga dah minum tapi kena jugak. maybe penat, sejuk. Selalu cramp atau simpul biawak ni terjadi pada urat betis. 


kaki cramp ketika hamil, simpul biawak, tak suka minum susu


3 tips apa yang boleh kita lakukan ketika simpul biawak menyerang adalah :-


1. Bertenang


Kena relax, bertenang. memang terkejut tetiba sakit pada betis. Tapi jangan cuba menjerit atau tegangkan kaki lagi sebab urat akan semakin tegang. Kena bertenang , duduk dan pegang betis. jangan urut tau. Selalu time tu urat timbul, keras & sakit.


2.  Senaman kaki


Sambil duduk tu cuma buat senaman regangan kaki. Macammana? Ala macam kita buat senaman regangan kaki untuk warming up masa senaman tu. Contoh macam gambar di bawah. yang No 2 tu. Buat perlahan-lahan. Buat berulangkali. InsyaALLAH urat yang keras tadi akan kembali lembut



kaki cramp ketika hamil, simpul biawak, tak suka minum susu



3. Berjalan


lepas dah buat regangan kaki, cuma berjalan sikit. Sakit? Pada mulanya agak sakit. Tapi kalau terus tidur takut-takut akan terjadi lagi sebab peredaran darah pada urat tu belum lancar. Cuba jalan perlahan-lahan 3-4 langkah. InsyaALLAH anda akan rasa urat kaki makin lembut dan kesakitan akan beransur pulih


Tips ni berdasarkan tips dari akak mengurut saya dan pengalaman saya juga. Bila sudah masuk 3rd trimester ni dan lupa makan ostematrix mula la terjadi. Bila cuba tips ni banyak membantu ..Cubalah




LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. pernah kena gak simpul biawak nie...mmg nangis malam2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sejak makan ostematrix memang takde dah kena. kalau tak memang takut nak tido

      Delete