Tragedi MH370

Tragedi MH370

Perkabaran PM kita malam semalam sungguh memeranjatkan semua rakyat Malaysia. Bukan Malaysia je tetapi seluruh dunia rasanya.
Keajaiban yang kita ingin kan..betul siapa mahu musibah terjadi. Tapi semua ini di luar kuasa kita. ALLAH MAHA MENGETAHUI mana yang terbaik untuk crew dan penumpang MH370
Dalam sidang akbar pun PM tak menyatakan pesawat terhempas dan semua mati. Tetapi berakhir di lautan india. Mungkin mereka masih hidup dan terdampar di mana mana pulau. Berakhir di sini dimana last satelit dapat kesan di lautan.
Usaha mencari masih dijalankan.. diharap akan berjumpa 1 jawapan untuk semua persoalan.semoga berjumpa serpihan pesawat, mayat atau kotak hitam.
Musibah yang menimpa…akan datang HIKMAH besar. Ingat balik peristiwa tsunami di acheh di mana hampir seluruh bandar Acheh musnah. Hikmah di sebaliknya Acheh mendapat kebebasan untuk menjalan kan hukum hudud dan Acheh makin maju..Subhanallah…Allah tidak pernah menzalimi hambanya..
Sejak kejadiaan MH370 ni, umat islam semakin bersatu. Solat hajat di surau masjid. Bukan ke molek kalau dilakukan selalu..
Sejak kejadian MH370, banyak benda baru kita belajar terutama pasal kapal terbang.teknologi, keselamatan dan lain lain.
MAS juga banyak belajar dari kejadian ini.mungkin selepas ini sistem keselamatan pesawat, penumpang akan lebih diambil kira.
Kita tak perlu menuding jari pada sesiapa.orang itu salah, lambat dll. Semua pihak telah bertungkus lumus beri yang terbaik.
Takziah kepada semua keluarga crew & penumpang.
Harapan agar 1 jawapan akan ditemui nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge