Family day SupermomSister: Homestay Kuala Sg Baru Melaka

Monday, March 10, 2014






1 Mac lepas selepas berhempas pulas berusaha untuk sales Feb 2014 jadi awal mac ambil peluang untuk releasekan tension. Plan awal hanya nak berjalan-jalan makan angin je dengan geng supermomsister. Bila ramai yang join so terus plan buat ala-ala pre family day supermom. InsyaALLAH family day besar besaran akan di adakan nanti khas untuk semua ahli supermom.



Plan nak jalan-jalan yang dekat-dekat je dulu. Bawa anak-anak bercuti sekali. Terdapat la idea untuk bawa anak-anak merasa suasana kampung. Terjumpa homestay yang super best ni. Homestay Kuala Sg Baru.


Homestay ni betul-betul depan pantai. terletak di area sempadan Melaka dengan Negeri Sembilan. Kalau korang dari KL tu ambik exit Pedas Linggi tau. Kejap je sampai.








anak-anak gembira bila duduk dalam 1 kereta. Best friend forever. kejap baik kejap gaduh. Biasa la kanak-kanak.. 


Serius sampai je terasa macam anak-anak balik kampung mak ayah. Dah lama tak merasa suasana kampung. Rumah kampung tu yang penting. Kat kampung Ainul sekarang banyak rumah semua dah rumah batu. Arreessa mana pernah merasa duduk rumah kayu










Rumah tradisional Melaka. Cantik sangat. Sejuk mata memandang. jauh dari hiruk pikuk bandar







tengok depan rumah terus pantai. Mana la anak anak , mak- mak, ayah-ayah tak excited nak terjun laut



Sampai je makan dulu.....



Ini la geng supermomsister. Alhamdulillah saya bersyukur dapat berjumpa dgn mereka yang sangat best. Macam adik beradik balik kampung kan... hehhee 

layan je la muka mak buyong yang over makan sagu gula melaka




mommy supermom yang best & best giler




Petang tu mak -mak lepak-lepak borak je








anak-anak????














tak sabar-sabar nak main air. Sampai je terus terjun semua. Bukan kira panas terik..


Aktiviti malam tu adalah BBQ. Kita boleh masak sendiri atau Pak Rahman dan anaknya Azim masak. Seafood la malam tu. paling suka kupang. Selalu makan kupang ada bau sikit. yang ni sedap sangat. teringat sampai skrg.







Pak rahman & Azim..




makan.. rindu kupang..yumyummmm





Semangat semuanya





Apappun BBQ malam tu best. kupang, sos memang tip top..



keesokkan harinya



SUKANEKA !!!!!!!!!!!!!!!






Sebelum tu, kita sarapan dulu. roti canai sedap. Ainul makan 2 keping okey.hihihiiihi













lepas makan apa lagi...






Gambar tak banyak masa sukanneka sebab semua sibuk bersukan. Ainul jadi mc je





Tahniah kepada pemenang... Apapun memang best. semua sporting habis.




Percutian 2malam di Homestay Kuala Sg Baru memang best. kenangan yang sangat manis.

Untuk makluman semua, disini kalau nak makan breakfast, lunch & dinner disediakan. Cuma kena bayar la kan.. Kalau taknak pun takpe. Lunch memang sedap.lauk kampung :)










Kepada yang berminat nak tinggal di homestay ni boleh hubungi


En Rahman : 012 250 1262 or 017 8801698





LAGI ARTIKEL MENARIK

5 comments

  1. tq for sharing Ainul. sy tgh cari homestay yg ade wifi. nasib baik jumpa ni. :)

    ReplyDelete
  2. Fadhilah: pegi tau.memang best.pak rahman & family peramah. sgt sesuai bw anak2

    ReplyDelete