Boycott CNN & China : Orang beri najis kita beri bunga

Boycott CNN & China : Orang beri najis kita beri bunga

Kecoh semalam dan hari ini pasal kes boycott CNN & China. Semuanya pasal ketidak puashati pihak CNN dan China atas pengurusan Malaysia dalam menangani isu MH370. Ok la taknak komen panjang pasal hal ni. Diharap akan ada 1 jawapan pasti untuk semua waris, ahli keluarga mereka yang terlibat. 

Berbalik kepada isu boycott ni. Selalu kita yang suka boycott orang kan. Sekarang ALLAH uji kita pulak kena boycott. Tapi kita boycott mereka balik. Tak habis-habis la isu ini nampaknya.

Pada pendapat saya, isu ni memang sensitif terutama bila dikatakan orang Islam di Malaysia itu pengganas. China sila halang rakyat Malaysia ke China. Kita pun sama halang rakyat China ke Malaysia ke?

Rasullullah idola terbaik. Orang yahudi baling najis tetapi Rasullullah beri bunga. Rasullullah sabar dan tunjukkan islam itu indah, sabar. Begitu juga dengan kita. Mengikut sunnah Rasullulah bukan sekadar pada kawen 4 atau makan makanan sunnah tetapi tingkah laku juga harus la ikut sunnah.Akhirnya mereka peluk Islam.malu dengan kesabaran, kemuliaan Rasullullah

Orang boycott kita. Orang halang kita ke negara dia. takpa..Mereka datang ke Malaysia kita sambut dengan baik. Budi pekerti yang baik. Kalau kita pun boycott, halang maka sama la perangai kita dengan mereka

Media CNN api-api kan Malaysia dengan China. Apa media Malaysia perlu buruk-buruk kan CNN ke? lagi cantik kalau media Malaysia buat sesuatu yang baik pada CNN. Biarla CNN malu sendiri. Kalau media pun burukkan media barat maka sama la perangai dua-dua pun. Adakah orang akan tertarik pada Islam, pada Malaysia.

Allah Maha Adil. Mereka hina kita.mana tahu suatu hari nanti bencana menimpa mereka , negara kita juga yang paling awal menghulurkan bantuan.

Ayuh rakyat Malaysia, kita senyum & sabar atas dugaan ini. jangan cepat melatah. Kita kena lebih rasional sebab kita ada iman didepan bukan nafsu. 

Selamat maju jaya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge