Siakap Stim Limau : Senang & sedap

Wednesday, February 05, 2014



Resepi Ikan Siakap masak Stim Limau



 



Bahan-Bahan

Ikan siakap 
5 bj Limau kasturi dan limau nipis. ( saya campur 3bj limau kasturi 2bj limau nipis)
batang saleri
3bj tomato
5 bj cili padi . ( kalau taknak pedas blh kurangkan )
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1cm halia
3 helai daun limau purut
Gula
Garam
Air


Cara-Cara penyediaan

1. Siang dan basuh ikan siakap
2. Perah limau kasturi & limau nipis.asingkan air perahan
3. Potong bawang besar, bawang putih, halia, saler, tomato dan cili padi
4. Panas kan kuali. 
5.Masukkan kesemua bahan yang telah dipotong dan daun limau purut
6. Masukkan air 
7. Masukkan ikan siakap dan masak sehingga mendidih
8. Masukkan gula garam dan air perahan limau.
9. tunggu sehingga ikan masak.
10. Boleh la dihidang dengan nasi panas

Sangat senang resepi ni. dan rasa limau yang masam manis sangat memikat selera. Mak yang tengah demam masa tu pun makan dengan selera. Alhamdulillah

Selamat mencuba



 









LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments