Resepi Ayam Percik Senang & Pasti Sedap

Friday, February 21, 2014



Teringin nak makan ayam percik masakan sendiri.lama tak buat.last sekali rasanya masa cuti lepas SPM.hehehe..

Resepi Ayam Percik

Bahan-bahan
Ayam
1 ulas bawang besar *
3 ulas bawang putih *
3 batang serai *
1cm halia *
3 biji kunyit hidup *
10 cili kering ( nk lagi pedas blh tambah atau blh guna cili boh ) *
Belacan ( taknak letak pun boleh)*
Santan
Gula
Garam

Cara penyediaan
1. Basuh ayam
2. Kisar bahan-bahan yg bertanda *. Serai tu hiris halus2 dulu tau


3. Masukkan ayam & bahan kisar ke dalam kuali.



4.masukkan santan & masak dengan api sederhana



5. Bila dah mendidih masukkan gula garam secukup rasa

6. Bila ayam dah hampir masak.masukkan ayam ke dalam pemanggang atau oven.kuah tinggalkan sikit ye utk kuah nanti.



7.saya masukkan sikit kuah supaya ayam kering sangat nanti.

8. Tadaaa...siap sudah....




9. Boleh la dihidang & dimakan bersama nasi panas.



l


Alhamdulillah..husband pun sukaaaaaa...





LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments