Arreessa Zulaikha di KOSMO

Rezeki anak pulak masuk Kosmo. Dapat pm di FB oleh wartawan Kosmo nak interview pasal mendidik anak menggunakan buku bukan gadget.

Ainul bukan la 100% tak bagi Arreessa ipad, hanphone. Ini zaman dia jadi dia berhak tahu teknologi semasa.Karang anak kita tak up to date pulak kan. Tetapi kita as parents kena la control penggunaannyer. kalau 24jam asyik mengadap ipad main games tak bagus la pulak kan. Bukan setakat pada kesihatan tapi pada social life dia. Pengalaman melihat seorang kanak-kanak besar sedikit dari Arreessa pada kenduri kawen makcik dia , dia duduk dalam bilik sepanjang hari main ipad.

tadaaaa.. ini dia keratan kosmo pasal Arreessa

didik anak guna buku bukan gadget
Entry penuh boleh baca di SINI
Tips untuk anak-anak dalam mengawal penggunakan gadget
1. Disiplin
Kita sebagai ibu bapa kena tegas. kena kawal penggunaan gadget. Contoh boleh main ipad 1jam sahaja.lepas tu kita kena attract anak-anak dengan benda lain.kita ibu bapa pun kena disiplin bila dengan anak-anak tu jangan dok pegang handphone, ipad je. macam saya time dengan anak saya simpan handphone. Jadi masa yang ada tengok tv , lipat baju, main playdoh
2. Toys, buku
belikan toys kesukaan anak-anak.kalau boleh toys atau permainan yang menjerus kepada education jugak. Buku pun sangat la penting. Beli buku yang colourful, banyak gambar. Anak susah nak membaca buku? yelah kita ibu bapa pun pegang buku pun setahun sekali. Nak anak suka membaca kita pun kena tunjuk amalan suka membaca. Membaca bersama-sama.kan seronok
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua. 

Mungkin anda ada cadangan yang lebih baik???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge