Alhamdulilah.. kembali beraksi :)

Monday, December 30, 2013




Sebulan terkubur dan bersarang rumah ni.maaf la ye.tiada khabar berita dari mama Arreessa. Bukan tiada khabar berita cuma tuan diri terpaksa stop menulis kerana masalah kesihatan. Masalah kesihantan??? sakit apa kah? hahaha sakit buatan orang.Opsss tapi bukan santau ok. Nauzubillah minta dijauhkan la.. 

Alhamdulilah saya pregnant untuk kali ke 2. Selepas 3tahun akhirnya Allah makhbulkan doa kami. terkejut juga sebenarnya tapi Allah beri rezeki pada masa yang sangat sesuai. 




Masa tau ni baru 5minggu hamil. Period lewat ke? tidak pun tapi naluri seorang ibu yang kuat.cewahhh!!


Kisah bermula apabila Arreessa mula membahasakan diri kakak. Dia suruh semua orang panggil dia kakak. Ingat sebab dia dapat ramai adik adik sepupu baru. Arreessa mula bercerita pada sahabat Supermom's sisters yang dia akan dapat adik. Adik ada dalam perut mama. Eh?? malu je time.kawan-kawan tanya ko pregnant ke? Mana ada kan.huhuhuhu
Sehingga suatu hari saya diserang ear infection. Berdenyut telinga samppai tak boleh tidur. Esok nye ajak husband ke klinik. Tak tahan sangat sakit telinga. Masa doctor nak berikan ubat dia tanya " pregnant tak" .Pantas saya cakap TIDAK. tapi hati masih was was. sebab pagi tu nak sarapan pun saya rasa loya dan perasan air kencing agak keruh. 


Balik dari klinik ajak husband singgah farmasi. Hati nak juga buat pregnancy test. Biarla result negatif tapi saya puas hati tanpa makan ubat meluru kan. Balik je dari farmasi terus check. Nasib baik beli yang mahal.so tak perlu tunggu waktu pagi. Hasilnya.. POSITIF !!!! Subhanallah !!!! betul ke ni??? cepat-cepat whatsapp supermom's sisters tanya. Rasa bodoh pun ada. blur sangatt walaupun pernah je pregnant tapi excited kan..3tahun tak pregnant.lupa sudahhhh


Saat nak bagitau husband la paling mencabar. Apa style nak cerita kat dia. Juat bawa pregnancy test dan cakap kat dia ada hadiah nak bagi. Tujuk tanda positif.. Dia cakap betul ke ni?? ciesss macam tak excited pulak tapi saya tahu dia control macho kan...Kami sama-sama menanti kehadiran anak ke 2.


Alahan macamana?? agak mencabar kali ini. sebulan pertama takde langsung selera makan.Kadang-kadang 2hari tak makan. Nak paksa pun tak boleh.nak telan pun tak boleh. sangat berbeza dengan Arreessa dulu. 1st time check up berat turun 3kg. Gembira?? kalau tak pregnant gembira kot. 2nd check up walaupun jarang makan Alhamdulilah berat maintain.


Apapun saya tak miss makan vitamin Shaklee. At least anak dapat khasiat walaupun saya tak makan sangat. Risaukan anak melebihi diri sendiri. Yang penting anak sihat walaupun kita sengsara kan...


Ini antara vitamin yang saya ambil masa pregnant. Alhamdulillah sangat banyak membantu dikala alahan yang teruk. dengan sakit kepala..




tengok semua ada 120bj, 180bj. Tahan lama tau.180bj tu tahan 6bulan. Ko sampai nak bersalin tahan.Super jimat. Vitalea untuk tambah darah, B complex utk tenaga dan ada acid folic untuk tumbesaran baby. Vit c untuk mama cantik walaupun hamil, alahan .hehehe
kita sambung nanti ye story pregnancy kali ni.. Doakan saya & baby sihat dan selamat :)

LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. tahniah mommy :)
    take care of yourself and baby :)
    dan juga babah n areessa :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah :)
    tahniah mommy. take care of yourself and baby :)

    ReplyDelete