Potty training Arreeessa Zulaikha

Wednesday, October 09, 2013

Berjaya juga potty Arreessa sejak dia berumur 2tahn 6bulan. Dah lama tapi tak sempat nak buat entry pasal ni. Sekarang dah 3tahun dah dia.hehe baru mama nak story pengalaman potty trainning dia

Potty training tu apa? buat yang tak tahu potty training tu melatih anak kecil ke tandas , ajar anak untuk tidak pakai pampers lagi. Sukar, Susah??? pada mulanya agak mencabar jugak dan kita as a parents pun kena banyak sabar.

Kisah bermula bila Arreessa sudah pandai cakap taknak pakai pampers. Sakit montot katanya. So Ainul pun tak pakaikan dia pampers. kat rumah je la. setiap 5minit tanya dia nak kencing ke..kadang-kadang lupa nak tanya. Mula-mula terbabas jugak. terkencing dalam seluar. Ainul cakap dia kenapa Arreessa tak bagitahu mama..malu la kat friends Arreessa kencing dalam seluar. Dia jawab balik Malu kan mama.. Tahu pun.sabar je la

Seminggu macam tu dia dah pandai bagitahu nak kencing.lega sikit. cuma nak tidur mesti pakai. Ainul tak confident lagi sehingga la suatu hati dia kejut Ainul .." Mama bangun.. Arreessa nak kencing " terkejut eh tak pakai pampers ke sebelum tidur.rupanya ainul tidokan dia dan tertidur sekali dia. Nasib baik dia kejut. Bermula dari hari tu tidur tak pakai pampers. Ada juga masa dia terkencing jugak atas tilam. Sabarrr

Sabtu pagi kami ke tesco nak beli barang dapur. Dia nanges taknak pakai pampers. taknak pakai sudah. Ainul banyak kali pesan kat dia nak kencing bagitau mama atau babah.sampai dia bebel kat kita balik.hehe.sampai tesco Ainul terus ambik barang-barang yang nak beli.Arreessa ikut babah dia p tengok games, buku. lama juga hampir sejam tinggalkan dia.lupa yang dia tak pakai pampers. siap shopping jumpa dia kt kedai. baru dia cakap mama nak kencing.Hah!!! berlari kami ke toilet. Arreessa tahan tau.tahan tau..comel je tengok dia kepit dengan tangan tahan kencing. Tak sempat masuk toilet, kami masuk je toilet OKU ( jgn tiru aksi ni ye ) .. sempat dia kencing kat toilet. Happy sangat. Lepas tu puji la dia pandai.

Alhamdulillah hampir 6 bulan lebih potty training dia. memang best bila pampers dah jarang beli cuma penat skt bila dia asyik nak ke toilet..

Sedikit tips dari saya mengenai potty training ni

1. sabar..kena banyak sabar especially bila dia terkencing dalam seluar, kencing merata-rata
2. puji . Puji dia pandai, budak baik bila berjaya 
3. Permulaan tanya dia kerap sama ada nk kencing ke tak
4. kita kena bawa dia kerap ke toilet.mcm 1/2 jam sekali ke

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua




LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. Mmg penat dan sumtime kelakar bila tgh PT anak. My 3yo son ada 1 prangai x nk apoo dlm toilet. Apa pn klu nk apoo msti nk pki pampers..trying hard utk itu but still x berjaya...hihi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih utk perkongsian ttg potty training ni..

    ReplyDelete