Pengurusan masa antara kerjaya dan business

Monday, August 26, 2013

Setahun saya menjadi working mom dan part time businesswomen. hehhe businesswomen la sangat. Tapi Alhamdulillah keduanya berjaya diuruskan walaupun pada mulanya agak terkial-kial. Terima kaish kepada husband yang banyak membantu bagi sokongan dan galakkan. Malah turut serta membantu dalam kerja-kerja rumah dan business


Bagaimana saya manage masa?


Soalan femes orang selalu tanya.nak uruskan masa untuk 2-3 pekerjaan dalam 1 masa memang agak sukar pada mulanya. Terbabas sana sini la. Lebih lagi bila kerja hakiki yang memerlukan masa yang extra. Kerja kat site, jaga event hingga 2-3 pagi. Meeting sampai 10 malam. Bila balik nak main dengan anak lagi. layan suami. 

Bila balik dari kerja, saya jarang bika handphone, laptop.bukan jarang memang tak buka. Masa tu dihabiskan untuk memasak, bermain dan layan Arreessa sehingga dia tidur. Masa tu la dengar dia bercerita apa aktiviti di nursery. Time tu jugak la saya nak merehatkan diri, tengok TV cerita feveret macam CSI, Masterchef Australia, SVU .. Jam 10-11 malam saya akan bawa Arreessa masuk tidur. 

Jam 3pagi saya akan bangun semula. Time pagi ni la saya bangun solat tahajud, solat hajat dan mengemas rumah. Anak sorang pun rumah macam tongkang pecah. Baju pun basuh time ni. hehehehe.. Selalu jam 4-6 pagi saya akan membalas email customer, packing barang dan update blog, facebook dan page. Sambil buat semua ni baju masih dibasuh. Azan subuh masuk saya akan mandi atau mandi awal jam 3pagi.dan solat subuh. Lepas solat jam 6.30-7pagi baru la sidai baju dan siapkan baju untuk ke opis dan baju arreessa untuk ke nursery.


Smart phone

Betapa pentingnya smart phone bagi saya sebab dalam kereta dalam jam yang teruk sempat la berbalas whatsapp, email, sms customer


Bila p pos barang??


Alhamdulillah husband banyak membantu dalam hal ini. Dia yang selalu p pos barang. Kalau tak sempat selepas kerja baru kami p pos. terima kasih pos malaysia sebab pos laju tutup jam 8malam. 


Tak penat ke?

Tipu la kalau cakap tak penat. Walaupun gaji saya as engineer ajak besar tetapi income business saya lagi besau..hehheehe.. dan yang penting KEPUASAN yang sukar untuk digambarkan. saya happy dan penat semua hiilang bila dapat membantu kawan-kawan diluar sana menjadi lebih sihat dan membantu mereka tambah pendapatan membantu keluarga.

Tak teringin jadi WAHM ke??

MasyaALLAH itu adalah misi saya lepas ini.. insyaALLAH dalam masa terdekat ini saya akan bergelar Working At Home Mom ( WAHM) .. Husband pun dah bagi green light. Lepas ini boleh la saya pergi belajar baca Al-Quran, p gym, p travel 1 dunia, nak join NGO jadi sukarelawan....Amin!!!


Masa kita semua sama...24jam tiada siapa pernah lebih atau kurang. Tapi bagaimana cara kita uruskan masa itu yang membezakan antara mereka yang berjaya. Saya pernah terdengar kata-kata ini

" Banyakkanlah masa anda untuk ALLAH, insyaALLAH ALLAH akan banyakkan masa untuk kita"

Banyakkan tu jadi 26jam ke?? bukan tetapi kita rasa masa itu cukup untuk berbuat apa sahaja.InsyaALLAH

Kepada wanita disana, jom kita majukan diri menjadi wanita hebat dan berjaya tak kira apa jua kerjaya kita..










LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments