Nanny ku kawin lagi

Nanny ku kawin lagi

Sabtu 27April 2013 merupakan hari bersejarah buat nanny Ainul. Nanny?? Nenek ke?? Opah?? hehehe bukan nenek iaitu mak kepada ayah mak ainul. tetapi nanny ainul dalam busines Shaklee. Selalu orang akan panggil upline kan. Tapi kami panggil mommy , Nanny, anak-anak. Macam 1 keluarga.

Dalam Shaklee setelah kita berjaya mendapat pangkat tertinggi , Shaklee akan adakan majlis khas untuk kita. Hanya special untuk kita. Di hotel-hotel 5 start ke atas. Kita yang pilih nak hotel mana. Nak buat apa masa majlis tu,makanan apa.. semua Shaklee yang bayar 🙂

Majlis meraikan Nanny ku Siti Nurazlina aka Along aka Lyna Noh.. Lyna Noh ini la yang memperkenalkan Shaklee kepada Ainul. Yang membawa, membantu Ainul dalam biz Shaklee.

Majlis diadakan di Empire Hotel Subang. 1st time nak hotel tu. Ingat biasa-biasa je. Bila masak serius sangat cantikkk. kalah Hilton rasanya. Dekorasi dia kerlassss

Ini paling Ainul suka. Dewan dia cantik. Sound sistem sedap. Lihat lampu -lampu diatas cantik sangat. Akan sentiasa bertukar kaler
Arreessa belum apa-apa dah tidur.

Ada pintu gerbang lagi ye 🙂

Sebelum majlis bermula , kita makan dulu. Makanan yang banyak dan sedap. Ayam bbq dia sedappp. Rasa macam nak tambah lagi tapi malu.heheehe.. semuanya FREE makan sampai pengsan
Kami bersama penyambut tetamu dan Mr Dax Sales Director Shaklee. Dax ni memang rapat dengan husband. Kalau jumpa kami kat Shaklee mesti tegur. 
Ini dia pengantin yang diraikan petang itu. Siap ada bunga manggar lagi. Takda kompang je.
Sebenarnya mereka ini dah ada 3 orang anak pun. 3 orang anak lelaki. Lyna Noh ini dulu engineer Petronas. Sekarang dah full time buat business. Yelah kalau income Shaklee sendiri sudah 10kali ganda dari gaji engineer. Bila buat biz ni kita bebas masa. Itu yang penting. Nak berjalan ke mana, travel sana sini pun takda masalah.
Wanita hebat dalam Shaklee.Anak-anak adalah kekuatan kami. Naik pentas pun bawa anak. Itu bestnyer Shaklee. Anak-anak la paling seronok. Lari sana sini. Bakal-bakal Master lepas ini.

Next Master Coordinator Ainul & Faiz 🙂
Tahniah Lyna Noh dan Wak Zainul. Korang memang leader yang best. Banyak membantu dalam banyak benda. Kata-kata semangat hari tu betul-betul membakar Ainul. InsyaALLAH akan lebih berusaha gigih untuk masa depan. Bukan masa depan saya sahaja tapi anak, ibu ayah. 
Kita jumpa di Master Celebration Ainul Mustafa pulak ye lepas ini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge