i ‘ m a bad mother

i ‘ m a bad mother

Tak tahu kenapa nak tulis luahan hati ini. mungkin sebab tak tahu nak luahkan siapa. Nak luahkan pun malu.entah la. luahkan kat blog kesayangan hamba aje la..

Sekarang ni selalu balik lambat. keje banyak di opis. menci menci !!! tetapi terpaksa. kalau tak KPI dapat ciput la. Ainul tak pandai nak kipas bos erhhh taknak pun kipas bos. Biar dapat performance bagus sebab kita memang bagus bukan sebab kita geng bos.

Bila balik lambat, husband la yang terpaksa ambil Arreessa dan uruskan Arreessa. mandikan dia, bawa dia p makan. Bila call husband tanya Arreessa macamana kedengaran suara Arreessa menagis. Sedihnyer.Sayu sangat hati. Rasa macam Ainul ni ibu yang kejam. Sanggup balik lambat sebab nak sedapkan hati bos tapi abaikan anak. Ramai yang cakap ” Ala anak kecik lagi..bukan faham pun ” eeeee geram. Siapa cakap dia tak faham ?? Arreessa faham dan sangat faham. Kadang-kadang dia tanya ” kenapa mama balik lambat ? ” mama p work balik lambat ye? ” terkedu “(

kadang-kadang sabtu ahad pun terpaksa bawa balik keje. Sebab bos nak cepat. URGENT !! .. Ahh sume nyer urgent, nak cepat aje. sian Arreessa. Saya pun kesian sebab kena bangun 3pagi hanya untuk buat keje opis. stresss !!

Pagi -pagi kena p keje pukul 6.30 pagi . Arressa masih lagi tidur. Sedih dan berat hati. Sepanjang dalam kereta menagis sebab rasa berdosa pada Arreessa.

Sampai opis call husband tanya Arreessa macammana.. Dia bangun je cari mama. Nasib baik Arreessa dah pandai berdikari. Mandi sendiri, pilih baju sendiri, pakai baju sendiri. Pandai Anak mama sayang

Sampai bila keadaan saya ini? 20tahun pun masih sama ke? Mungkin time tu Arreessa dah besar tapi lagi dia membesar lagi dia perlukan saya. Berapa banyak masa saya dengan dia. Kualiti lebih penting dari kuantiti..Ahhh bagi saya dua-dua penting.

Kenapa perlu bekerja ? sebab nak duit ke? boleh bekerja dari rumah jugak kan. Malah ramai yang bekerja dari rumah boleh generate income 4-5 angka. Ada yang 6 angka pun. Keje di opis pun nak dapat income 5 angka pun entah bila la.hukhuk 

Saya tahu saya kena buat sesuatu.. Biar la apa orang nak kata. Saya hanya fikirkan yang TERBAIK untuk diri sendiri dan keluarga.

Ya ALLAH.. permudahkan la usahaku. Semoga hujung tahun 2013, aku dapat berhenti kerja, jaga anak sendiri dan masa yang sama boleh dapat income RM50k sebulan

..Amin!!!



cinta hati saya..


6 thoughts on “i ‘ m a bad mother

  1. mana ada bad lah…kekangan kerja nak buat mcm mana…kalau bad tuh anak habis terabai. 🙂

    paham situasi mcm tuh. lagi2 kalau bila tgk anak tidur pasti kite menangis kan.

    semoga allah perkenankan doa kamu.

    slm perkenalan 🙂

  2. Ainul. Tipu kalo org ckp anak tak faham. sebabnya humairah klo balik hari dh gelap. dia mesti termenung. Mungkin dalam hatinya berkata "mana mama ni? nape tak balik lg?".

    Insyallah Ainul, aressa such a big girl now. dia akan memahami mamanya. Ainul dah wat yg terbaik utk future anak2 & family!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge