Kenduri kawen di Kuala Kangsar

Wednesday, March 27, 2013

Balik Kampung lagi hujung minggu lalu. Suka..suka.. Kuala Kangsar ni kampung ayah mertua Ainul. Kebetulan sepupu husband kawen. Ainul suka balik kampung husband sebab  dia ramai sepupu yang lebih kurang sebaya. Kalau sebelah Ainul sepupu kecik-kecik lagi dan tak ramai pun :)

Bertolak dari Shah Alam jam 8pagi. Sampai ke kuala Kangsar dalam jam 11 pagi. Banyak juga kereta sebab dah mula cuti sekolah kan..

Majlis kenduri di kampung ni yang best masak sendiri. Family je masak. Kiranya adik beradik ayah mertua, sepupu-sepupu husband je. Memang meriah la. 





Arreessa yang asyik nak mama dukung je. belum panas lagi ni. lepas tu sibuk main.mama pun dia dah tak kisah..


Wanita-wanita rajin... yang berdiri tu semua sepupu..yang duduk mak sedara

Semua nya buat sendiri.. dari kukur kepala, potong bawang, potong itu ini...semuanya la buat sendiri




Sepupu husband yang masak.. lelaki memang hebat bab memasak tau :)


Mama Arreessa buat apa??

leraikan cili sambil bergosip ...hehheehehe


Makan malam tu, special ada kambing bakar dan ikan talapia bakar..memang terbaik la.. sampai licin habiss


Ini dia kambing bakooo


Penat bekerja .. kita makan dulu. Makan malam tu memang best la sangat. tak sempat nak makan banyak sebab Arreessa dah mengantuk.huhhuu



Keesokkan harinya...hari majlis yang ditunggu-tunggu

Tempat air minuman


Gerai cendol dan jagung bakar pun ada


Nama warung ni..adalah...


hahaha warung pak Jabit tau.. Arreessa dan tok Saaid tengah nak cuba cendol.pelanggan pertama



Khemah makanan


Tetamu yang datang


Sesuatu yang jarang ada di majlis perkahwinan. sudah macam adat istiadat diraja pulak..


Arreessa dan atok saaid sibuk melayan tetamu

selain nasi ada cendol dan jagung bakar. sedap tau jagung ni. Dimasak atas kayu arang. Rasa original dan tak terlalu kering. Ainul tukang makan je. Masak tak tau :)



Pada Jam 1.30 petang pasangan raja sehari sampai.


Ini dia.. Eddrus ( sepupu husband ) dan isteri Edda



Ainul & Arreessa yang kepenatan melayan tetamu.. Baju kurung Arreessa sudah bertukar menjadi dress.hehee..Panas sangat hari tu. Biasa la Arreessa ni bukan tahan lama nak pakai baju kurung. Last pakai dress senang.Banyak angin masuk.



Sue, Arreessa, Ainul , Kak Amie

Sue ni wife kepada Adi sepupu Husband. Kak Amie ni akak ipar Sue.juga Sepupu Husband.Diaorang memang best dan sekepala.


Kami sekeluarga.. Husband pakai t-shirt biasa je.Senang nak buat keje. Kenduri ni basuh pinggang pun kami juga yang buat.Penat tapi puas hati 


Apa punya gaya ni...ahakahakkkk


Petang tu balik ke Shah Alam semula..Penat la sangatttt tapi gembira dapat bawa ayah mertua balik ke kampung. Itu yang lebih bermakna. 


Kepada Eddrus & Edda selamat pengantin baru.semoga berbahagia hingga ke syurga.Aminn !!!



LOVE
Ainul Mustafa

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments