Adik beradik perempuan ramai..best tak?

Adik beradik perempuan ramai..best tak?
Ainul dilahirkan dalam keluarga yang besar. Adik berdik ada 7 orang. 5 perempuan 2 lelaki. Ainul anak ke 2. ramai tak adik ainul 🙂
Masa kecik terasa ramai tetapi bila dah besar eh cukup ke 7 ni? hehehe . Kagum dengan mak ayah ainul yang berjaya menjaga, mendidik kami 7 orang.
keluarga besar saya… mak ayah, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu
Tuan Hj Mohd Mustafa Ahmad dan Hajah Rosnah Md Rejab
Adik beradik perempuan ramai tak bergaduh ke atau saling cemburu ? gaduh tu perkara biasa la masa kecik.hahaha kami kalau gaduh teruk.walaupun perempuan.sampai angkat batang penyapu la.hahaha..lepas tu semua kena marah dengan ayah.ketaq lutut. cemburu pun biasa. tapi takde la cemburu buta. selalu cemburu bab akademik.hihi..adik beradik Ainul yang lain hebat-hebat.Ainul la selalu jeles sebab diaorang pandai-pandai masuk MRSM. Ainul aje sekolah biasa 🙂 .. dengan cemburu membina itu la buatkan Ainul berusaha keras.Alhamdulillah.terima kasih adik beradikku sayang kerana membakar semangat saya 

4 sisters
Bila kami dah besar, Alhamdulillah kami adik beradik sangat rapat. Tiada rahsia antara kami.kalau ada apa-apa cerita, gosip selalu berkongsi bersama. Persamaan kami adalah semua suka shopping.hikhik ikut genetik mak la tu
Korang nak tahu tak? disebabkan adik perempuan ramai, dari kecik kami suka share baju. sebab semua 1 saiz. time tu la.sekarang ni ada yang sedikit besar.Ahahaha saya lerr tue  ðŸ™‚
Sampai ke besar pun kitaorang suka exchange baju. Selamba je la.Adik Ainul sorang ni 1 UTM dengan Ainul dulu.kitaorang pernah 1 bilik (tukar dgn kwn adik sbb nak jugak 1 bilik) . So sabun basuh baju, barang2 semua share.Jimat..sekarang pulak 1 rumah.Adik ainul duduk sekali.
Kalau mak ayah datang KL, kami adik beradik mesti berkumpul di rumah ainul atau kakak.mesti keluar makan atau makan besar dekat rumah..
Bercuti di Langkawi

Dari kiri : Aini, Aida , Ainal, Ainil & Ainul
Bila berkumpul mesti kecoh ..hihiii .yelah anak ada 7 orang.menantu 3 orang.cucu ada 4 orang.kalau semua dah kawin mesti lagi meriah
Makan besar 🙂
Alhamdulillah semua sudah besar.. Ada lecturer, 3 engineers, doctor, architect, lawyer  
Ainul dan kakak pada masa yang sama adalah businesswomen. MUMSLUV anak kami berdua 🙂
Kami di booth MUMSLUV di putrajaya
Seronok ada adik beradik ramai…Banyak cerita, banyak ragam hihihii
Semoga hubungan kami adik beradik bahagia hingga ke syurga ..Aminnn
#Korang pulak ada berapa adik beradik ?

5 thoughts on “Adik beradik perempuan ramai..best tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge