Tips tidurkan anak

Sunday, February 10, 2013

Rentetan kepada entry lalu Pola tidur anak . Semakin besar anak semakin mencabar untuk tidurkan mereka kan. Biasa la seronok bermain.Lupa nak tidur.

Sedikit pengalaman dalam hal ini. Macam cerita lalu , Arreessa susah nak tidur. Kalau tidur pukul 9malam tapi nanti pukul 2-3 pagi bangun sampai la siang. erhhh jenuh la mama babah dia. Sampai pernah berjaga sampai siang. Mama babah dia tak tidur semalam. Kawan--kawan opis sampai tegur " Kenapa muka ko macam zombi je ainul " Hahaha

Alhamdulillah sedikit perubahan dibuat.Alhamdulillah nampak hasilnya.

Apa yang kami buat? Lepas je balik kerja tutup handphone, laptop, TV. main je dengan dia. lepas tu ajak dia masuk bilik.Mula-mula memang la susah.jenuh mencari alasan dan cara untuk bawa dia masuk bilik.Alasan husband ' main khemah-khemah ' .. ambil selimut buat khemah. Kemain suka dia. YES dah jumpa cara.

Masuk bilik tutup lampu. tarik selimut dan bercerita ' bed time story " .. Selalu cerita pasal nabi-nabi, si kancil dan sekarang dia request nak cerita ADAM&HAWA.. hehehee panjang tu 80 episod :)

Jangan lupa juga petang tu, berikan anak anda makan kenyang-kenyang.main sampai penat. Mandikan dia. baru dia selesa. tapi jangan makan & mandi lambat sangat tau :)


Sedikit tips dari mama Arreessa :)

harap dapat membantu sedikit sebanyak ...


Baca buku dulu sebelum tidur ..


















LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. kak..tips utk baby 1 year tidur siang lak plssssss

    ReplyDelete
  2. seb baik lah rafique ni xde lg perangai nak bangun main 2-3pg setakat ni..hehe..kalau tak, mesti dia kena rotan.hahaha..ibu dia tak sabar. =D

    ReplyDelete