Jalan -Jalan ke Sabak Bernam

Saturday, June 09, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera


Lama tak berupdate cerita kan..Ainul agak busy sikit seminggu nie.Ada training CCNA.hahaha baru nak ambik kan.ni pun terpaksa.lagi 2 minggu 2nd training CCNA.lepas tu exam pulak.Hentam je la labu.janji lulus.

Dalam sibuk-sibuk sempat jugak la bawa Arreessa jalan-jalan.Asalnya nak bawa dia ke Pusat Sains Negara.Nak bawa tengok dinasor.hehe macam la dia faham kan.tapi yang penting dapat spend masa bersama.weekends tu jugak MIL ada malam puisi riong dekat Sabak Bernam. Disebab kan tak pernah pergi, so  teringin la nak ikutkan.

Sabtu selepas solat zohor, kami bergerak ke Sabak Bernam.Guna laluan Guthrie sampai exit ke Kuala Selangor.Lepas tu terus je sampai la jumpa Sabak Bernam. Lalu jalan lama agak mencabar juga.

Jom layan gambo :)


Di tangga hotel..Hotel free.Tajaan Berita Harian.hehehee


peace !!!



Malam tu, dari hotel kami dibawa ke Rumah Rehat.Ingat kat sana sesi baca Puisi nya.Rupa p makan dulu..Makanan sungguh la mewah.apa lagi belasah la cukup-cukup kan.FREE uollssss :)


Menanti sebelum masuk ke dewan makan..bersama mama & Siti Zainon Ismail.

Sesi makan pun tiba.......

'
kelihatan 2 orang yang sudah tidak sabar mahu makan.hoho


yang best meja tu kami bertiga je. MIL duduk dengan VIP.Tengok ikan siakap punya la besar.Mama& babah yang punya..




Muka yang giler TAMAK..Ampunnnn...


Arreessa nape buat muka macam tak puas hati jek???


Makanan kitaorang...Selepas je mampu diambil..yang sebelum tak sempat sebab lapo sangat.hehheee

Lepas makan,mama & rombongan berita harian ke tempat Dataran Rakyat.Kitaorang tersesat.serius bengang  giler dengan abg kepala botak yang parking kereta belakang kitaorang.Jadi kami tertinggal kebelakang.Nasib baik Arreessa sudah tidur.Paling tension TIADA signboard langsung.eeee geram betul.Maaf la kalau ada yang terasa.Tapi ini adalah luahan pelancong tau..Sila ambik perhatian.Moga tidak terjadi pada yang lain.Sudah la jalan pun gelap gelita.Apa pun tak nampak. Disebabkan Arreessa pun sudah lena tidur, Ainul & husband ambil keputusan untuk balik hotel je.Mama boleh balik dengan kereta berita harian kan..


Keesokkan harinya, sebelum balik ke Shah Alam kami ke Bagan Nakhoda Omar. 1st time dengar nama tempat macam tu.Tujuan nak tengok pantai.


Arreessa yang suke posing sana sini


Wan Hanafi Su pun ada malam tu dan menginap di hotel yang sama. Arreessa takut.hehhee..


Arreessa, Ainul,mama & Wan hanafi Su

Dari hotel ke BNO tidak la terlalu jauh. Cuma tak biasa jalan kat sana terasa macam jauh jugak.Mungkin kami lalu jalan lain kot.

Samapai di sana, air tengah surut. Pantai tak la cantik sangat.Cantik lagi Jeram kot.


Ambil gambar harus dimana sahaja....


Arreessa yang semakin pandai berposing :)


Auwwwwwwww.....




Amacam??? cun tak???


Kat sini terkenal dengan Mee Udang..


Akan kembali dengan cerita Mee Udang pulak :)





LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

  1. makin comel anak dara nih..rafique makin susah nak berposing sekarang ni..gambar semuanya bergegar je.xdok diam!

    ReplyDelete